MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Adakah projek MRF di depan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Byram mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS)? (a)Adakah kesan pencemaran udara lanjutan daripada projek MRF ini kepada murid-murid di sekolah tersebut dipertimbangkan dalam kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)?
Dun Jawi
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Alam Sekitar

Jawapan

Kelulusan sebarang projek termasuk Material Recovery Facility (MRF) adalah diluar bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana kelulusan projek adalah di bawah bidangkuasa PBT. Namun begitu, di dalam membuat pertimbangan berkenaan PBT akan merujuk kepada semua Jabatan Teknikal untuk ulasan dan ianya termasuk JAS. JAS hanya menilai dan meluluskan laporan EIA sekiranya sesuatu aktiviti pembangunan adalah tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.



Bagi cadangan MRF di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Fasa 3, Pulau Burung, Seberang Perai Selatan, Terms of Reference (TOR) bagi kajian EIA Terperinci projek tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Panel Pengulas pada 19 Oktober 2015 di Ibu Pejabat JAS, Putrajaya. Lanjutan itu, pihak penggerak projek, iaitu PLB Terang Sdn. Bhd. telah diminta untuk mengemaskini TOR dengan mengambil kira isu-isu berbangkit dan mengemukakan semula kepada JAS untuk pertimbangan lanjut.



a) Kesan pencemaran udara dan lain-lain pencemaran daripada aktiviti cadangan MRF tersebut kepada penerima sensitif termasuk murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Byram akan diambil kira dan dikaji dalam kajian EIA Terperinci yang akan dilaksanakan kelak.


Kembali