MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan (a) Berapakah kadar pengangguran belia di Negeri Pulau Pinang? (b) Apakah faktor yang menyebabkan turun naik peluang pekerjaan di Negeri Pulau Pinang? (c) Apakah tindakan yang di ambil untuk mengurangkan kadar pengangguran?
Dun Sungai Dua
Exco YB. CHONG ENG
Perkara Pengganguran

Jawapan

(a) Menurut Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2014 Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran belia mengikut kumpulan umur di Pulau Pinang adalah:-



 
































BIl



Kategori Umur (tahun)



Peratus (%)



(i)


15 - 19

7.39


(ii) 20 - 24 5.58
(iii) 25 - 29 1.82
(iv) 30 - 34 0.29


 



(b) Faktor yang menyebabkan turun naik peluang pekerjaan di Pulau Pinang adalah terlibat kegawatan ekonomi yang menyebabkan penutupan syarikat atau pembuangan pekerja ekoran kejatuhan nilai ringgit serta kejatuhan harga minyak di luar jangkaan kebelakangan ini. Kegawatan ekonomi negara kini membawa kesan kepada rakyat dimana majikan mula mengambil langkah pengurangan kos dengan mengurangkan bilangan pekerja. Satu kajian dari syarikat pencari kerja terkemuka, JobStreet.com menunjukkan bahawa keadaan ekonomi yang sukar menjejaskan syarikat-syarikat di Malaysia. Menurut kajian terkini yang dijalankan oleh JobStreet.com, 46% daripada responden berkata perniagaan mereka terjejas sejak beberapa bulan lalu. Melalui kajian tersebut, 32% daripada responden berkata ia disebabkan mata wang ringgit yang lemah, 16% berkata ia disebabkan oleh inflasi manakala 11% berkata ia disebabkan oleh kejatuhan harga minyak.



 



(c) Bagi mengurangkan kadar pengangguran, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah yang strategik seperti di bawah :



i) Pembangunan Bandar Cassia



Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk membangunkan Bandar Cassia yang akan melibatkan aktiviti perindustrian, perniagaan, perkhidmatan, pusat pentadbiran dan perumahan. Pembangunan Bandar Cassia melibatkan penyertaan pelabur-pelabur luar dan dalam negara dan dijangka akan mewujudkan 30,000 pekerjaan berpendapatan tinggi (high paying job) selain daripada Business Process Outsourcing (BPO) Prime di Bayan Baru, pembangunan International Golf Resort, IKEA dan Taman Tema. Ke semua ini adalah perancangan yang akan menjurus kepada pewujudan peluang-peluang pekerjaan pada masa akan datang.



ii) Meningkatkan Pelaburan



Dalam bidang Perindustrian, Penang Development Corporation (PDC) pada tahun 2014 telah berjaya menjual sejumlah 173.89 ekar tanah kepada pelabur-pelabur tempatan dan asing, yang seterusnya melonjakkan nilaian pelaburan kepada RM3.16 bilion dengan sasaran tawaran pekerjaan berjumlah 11,009 jawatan pelbagai peringkat. Dengan kehadiran pelaburan syarikat asing (MNCs) seperti Sandisk Storage (M) S/B, Penang Seagate Ind. S/B, Bose Systems (M) S/B, Classa Ind. (M) S/B, Vitrox Tech. S/B dan Atotech (M) S/B telah memberi impak besar kepada perkembangan ekonomi serta peluang pekerjaan di Negeri Pulau Pinang.



iii) Mempelbagaikan Jenis Pekerjaan



Di samping meningkatkan jumlah pelaburan, langkah-langkah strategik juga diambil untuk mempelbagaikan jenis pekerjaan, terutamanya pekerjaan bernilai tinggi (high value jobs) seperti advance manufacturing dalam sektor pembuatan, reka bentuk dan pembangunan. Dari segi perniagaan, sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (Global Business Services) seperti kewangan, perkhidmatan penyumberan luar, teknologi maklumat dan sumber manusia merupakan sektor baru yang diperkenalkan. Ini dapat mewujudkan pelbagai peluang perkerjaan di Pulau Pinang.



iv) Memperkenalkan Program Penang @CAT



Selain daripada itu, satu program baru dinamakan “Penang Accelerator for Creative, Analytics & Technology (@CAT)” telah dilancarkan bagi golongan yang ingin menceburi bidang perniagaan sebagai perintis pemula niaga (entreprenuer). Program ini bertujuan untuk membantu usahawan kecil yang terlibat di dalam bidang kreatif animasi, analisis dan teknologi ataupun yang terlibat di dalam sektor “Internet of Things”(IOT).



v) Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR)



Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga telah melaksanakan Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) Negeri Pulau Pinang yang merupakan program mikrokredit yang memberikan pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil untuk membantu usahawan tempatan. Ia diwujudkan untuk membantu usahawan kecil dan menggalakkan golongan rakyat berpendapatan rendah untuk menceburi bidang perniagaan dan juga sebagai usaha membasmi kemiskinan.


Kembali