a) Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membanteras orang tengah dan membantu petani dan penternak memasarkan produk adalah seperti berikut:
- Menyediakan saluran pemasaran melalui program promosi jabatan dan melalui kerjasama dengan agensi berkaitan seperti FAMA;
- Menganjurkan program-program promosi pertanian seperti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pulau Pinang (Agrofest) sebagai secara tahunan;.
- Menyertai program-program peringkat kebangsaan seperti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) dan Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA); dan
- Menjalankan program Karnival Industri Asas Tani Pulau Pinang di luar negeri. Bagi tahun 2016, sebanyak tiga (3) program telah dirancang iaitu pada 22 hingga 27 Mac 2016 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 3 hingga 7 Mei 2016 di Bukit Raja, Selangor dan pada September 2016 di Tebrau, Johor.
b) Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan import adalah melalui program-program seperti berikut:
- Program Pembangunan Industri Tanaman Padi yang memfokuskan kepada pembangunan industri tanaman padi melalui pengenalan teknologi terkini dan peningkatan infrstruktur sawah;
- Program Pembangunan Industri Tanaman Buah-buahan bagi membantu golongan petani mengeluarkan hasil yang lebih produktif dan berkualiti dan merangka projek-projek yang boleh meningkatkan pendapatan daripada hasil ladang dengan melahirkan petani-petani yang berdaya maju, progresif dan berpengetahuan;.
- Program Pembangunan Industri Tanaman Sayur-sayuran yang memfokuskan penggunaan teknologi tinggi kepada petani dengan keluasan kawasan yang kecil agar mampu mengeluarkan hasil yang lebih produktif dan berkualiti setanding dengan negeri-negeri lain yang mengusahakan tanaman industri tanaman pada skala yang lebih besar;
- Program Pembangunan Lain–Lain Tanaman Ekonomi bagi membolehkan Jabatan membantu petani dan usahawantani dalam mengenalpasti dan membangunkan lain-lain tanaman atau komoditi yang berpotensi sebagai sumber alternatif yang mampu menjana pendapatan dalam bidang pertanian
- Program Pembangunan Kawasan Kelapa sebagai usaha kerajaan untuk membangunkan tanaman kelapa di kawasan tanah terbiar/berpaya di daerah Barat Daya dan Kg Air Itam Dalam, Seberang Perai Utara. Pemulihan semula kawasan tanaman kelapa dengan penggantian pokok-pokok kelapa tua; dan
Program Perkebunan Komuniti (Comunity Farming) yang merupakan program sosio-ekonomi yang dirancang khusus untuk memenuhi keperluan bahan makanan dan mengurangkan kos sara hidup masyarakat di Negeri Pulau Pinang
Penubuhan Skim Mikro Kredit Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM). TUTM merupakan satu program pinjaman tanpa faedah yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada usahawan tani muda yang berusia bawah 40 tahun dan ke bawah. Skim ini bertujuan bagi menambah minat dan bilangan golongan belia sebagai pelapis bagi memastikan kelestarian bidang pertanian dan industri asas tani. Selain itu, program ini bertujuan membantu usahawan belia mengembangkan bidang yang telah diceburi