MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Berapakah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah siap dibina di Negeri Pulau Pinang sejak dilancarkan sehingga kini? (a) Sila nyatakan dengan terperinci tentang tahun, pihak pembina, sumber dana dan pemilik tanah bagi setiap projek. (b) Setakat ini, adakah apa-apa projek PPRT yang dirancang di Negeri Pulau Pinang?
Dun Komtar
Exco YB JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Perkara Bantuan

Jawapan

Pada masa ini, terdapat empat (4) Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Negeri Pulau Pinang. Maklumat pemaju, sumber dana dan status hakmilik tanah projek-projek tersebut adalah seperti di jadual berikut:-


























































No. Projek Bil. Blok Bil. Unit Kontraktor Sumber Dana Status Hakmilik
1. PPR Taman Manggis 1 blok (18 tingkat) 320 Zilanza Urusniaga S/B Kerajaan Persekutuan Tanah Kerajaan Negeri
2. PPR Taman Bagan Jaya 3 blok (9 tingkat) 382 Gunung Medan Construction S/B Kerajaan Persekutuan Tanah Kerajaan Negeri
3. PPR Ampang Jajar 3 blok (17 tingkat) 760 Syarikat Wilayah Utara S/B Yayasan Perumahan Untuk Termiskin Tanah Kerajaan Negeri
4. PPR Desa Wawasan 2 blok (21 tingkat) 912 Seri Yakin S/B Yayasan Perumahan Untuk Termiskin Setiausaha Kerajaan Negeri
JUMLAH 2,374      


Pada masa ini, Jabatan Perumahan Negara (JPN) sedang melaksanakan sebuah lagi projek PPR di Mak Mandin melibatkan kos pembinaan bernilai RM8,750,000.00 dan dijangka siap pada 20 Disember 2017. Projek yang dilaksanakan di atas tanah milik Kerajaan Negeri ini akan menyediakan sejumlah 70 unit kediaman.


Kembali