MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Usul di bawah peraturan 31, peraturan-peraturan majlis mesyuarat dewan undangan negeri pulau pinang bagi maksud pindaan perlembagaan undang-undang negeri pulau pinang / perlembagaan negeri pulau pinang dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa saya bercadang membentangkan satu usul yang berikut dalam mesyuarat dewan undangan negeri yang akan diadakan pada bulan mei 2016: “bahawa dewan ini meluluskan cadangan supaya kerajaan negeri akan merujukkan perkara 35 pindaan perlembagaan negeri pulau pinang untuk diperbincangkan dalam jawatankuasa perlembagaan. Cadangan pindaan tersebut adalah seperti berikut:- asal : majlis mesyuarat kerajaan perkara 7(2)(b) majlis mesyuarat kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu atas nasihat ketua menteri, yang di-pertua negeri hendaklah melantik tidak lebih daripada sepuluh tetapi tidak kurang daripada empat ahli lain daripada kalangan ahli dewan undangan, tetapi jika sesuatu perlantikan dibuat semasa dewan undangan terbubar, seseorang yang menjadi ahli dewan undangan yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas persidangan pertama dewan undangan yang berikutnya melainkan jika orang itu seorang ahli dewan undangan. cadangan pindaan: majlis mesyuarat kerajaan perkara 7(2)(b) majlis mesyuarat kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu atas nasihat ketua menteri, yang di-pertua negeri hendaklah melantik timbalan ketua menteri i dan timbalan ketua menteri ii, dan jumlahnya tidak lebih daripada sepuluh tetapi tidak kurang daripada empat ahli lain daripada kalangan ahli dewan undangan, tetapi jika sesuatu perlantikan dibuat semasa dewan undangan terbubar, seseorang yang menjadi ahli dewan undangan yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas persidangan pertama dewan undangan yang berikutnya melainkan jika orang itu seorang ahli dewan undangan. matlamat cadangan pindaan a. Memperlembagaankan (constitutionalize) kedua-dua jawatan penting timbalan ketua menteri i dan timbalan menteri ii dalam majlis mesyuarat kerajaan. b. Mengemaskini dan memperlengkapkan perlembagaan negeri agar menepati dengan keperluan perubahan politik serta kepentingan rakyat pulau pinang.
Dun Machang Bubuk
Exco
Perkara -

Jawapan
Kembali