Soalan | Projek Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) berjaya mentransformasikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai menjadi model pembangunan masyarakat. Setakat ini, adakah Projek GRPB ini diimplementasikan oleh mana-mana pihak swasta bersama MMK Wanita, Keluarga & Komuniti dan Penang Women Development Corporation (PWDC) melalui Corporate Social Responsibility (CSR) demi pembangunan dan kebajikan masyarakat? Sila huraikan dengan terperinci. |
Dun | Sungai Pinang |
Exco | YB. CHONG ENG |
Perkara | Kebajikan |
Gender Responsive and Participatory Budgeting (GRPB) adalah satu strategi untuk mengarusperdanakan gender dalam polisi kerajaan termasuk proses perancangan dan bajet projek pembangunan masyarakat. Ia dilaksanakan dalam konteks urus tadbir baik dengan mengambil kira kelompok berlainan dengan keperluan berbeza di kalangan komuniti. Transformasi yang berlaku di PPR Jalan Sungai (dan juga PPR Ampangan) adalah apabila komuniti diperkasakan dan dijadikan sebagai rakan kongsi kerajaan dalam menentukan projek yang menjadi keperluan mereka seperti menguruskan sendiri Kontrak Komuniti Kebersihan, memohon untuk flat dicat semula dan komuniti memilih sendiri warna pilihan melalui proses undi. Ini meningkatkan sense of ownership di kalangan komuniti di flat tersebut. Hasil daripada tarnsformasi ini, komuniti telah mula membayar hasil tunggakan sewa mereka kerana mereka merasakan dihargai kerana penglibatan mereka dalam proses GRPB tersebut.
GRPB belum lagi dilaksanakan bersama dengan pihak swasta dalam mana-mana program CSR. GRPB kini sedang giat dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Bagi proses penginstitusian ini, satu Pelan Tindakan Strategik 2016 – 2018 telah dirangka oleh MBPP dan MPSP untuk menginstitusikan GRPB di peringkat masing-masing dengan memfokus kepada Struktur dan Mekanisme, Pusingan Bajet (termasuk Data Pecahan Jantina) dan Pembinaan Kapasiti kakitangan PBT dan komuniti.
Cita-cita Kerajaan Negeri adalah untuk menginstitusikan GRPB di Pulau Pinang. Kejayaan Projek GRPB di MBPP dan MPSP telah membuktikan bahawa GRPB dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk itu, pada tahun ini PWDC telah menjalinkan perkongsian pintar (smart partnership) bersama Pengerusi Jawatankuasa MMK Perancangan Bandar & Desa Dan Perumahan, untuk melaksanakan projek GRPB di Bahagian Perumahan Negeri.
GRPB akan dijalankan secara berperingkat di Negeri Pulau Pinang. Dalam proses perlaksanaan GRPB di peringkat Pulau Pinang ini nanti, GRPB mungkin berpeluang untuk dijalan bersama pihak swasta sebagai rakan-kongsi di bawah program CSR.