Soalan | Apakah rancangan jangka pendek atau jangka panjang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam usaha menangani isu tangkapan anjing liar dan anjing terbiar? Adakah kerajaan memberi subsidi sebagai dorongan kepada NGO yang menyediakan perkhidmatan mengawal dan menangani isu anjing terbiar? |
Dun | Sungai Pinang |
Exco | YAB CHOW KON YEOW |
Perkara | Isu |
1. Rancangan jangka pendek Kerajaan Negeri melalui MBPP dan MPSP dalam usaha menangani isu tangkapan anjing liar dan anjing terbiar adalah seperti berikut:
i) MBPP
a. Pengukuhan penguatkuasaan kawalan anjing liar dan terbiar secara lebih efektif dan berkesan mengikut ketetapan prosedur piawaian berperikemanusiaan oleh JPV Malaysia dan peringkat antarabangsa.
b. Meningkatkan pematuhan syarat pelesenan anjing dengan mewujudkan satu Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing yang baru menggantikan Undang-undang Kecil yang sedia ada.
c. Kempen pendidikan pemilikan dan pelesenan anjing melalui hebahan dan risalah.
d. Program kerjasama bersama JPV Negeri Pulau Pinang mengenai tahap kesedaran pemilikan dan penjagaan anjing serta pelesenan anjing.
ii) MPSP
a.Mengadakan operasi tangkapan harian ke atas anjing liar dan anjing terbiar di sekitar taman perumahan, pasar awam dan lain-lain.
b.Mengeluarkan notis dan kompaun kepada pemilik anjing yang membiarkan anjing mereka berkeliaran di tempat awam tanpa pengawasan.
c.Kempen kesedaran kepada penduduk taman perumahan dilaksanakan melalui edaran risalah serta penerangan oleh pegawai MPSP tentang pentingnya kaedah pemandulan anjing dijalankan dalam usaha mengawal populasi anjing terbiar serta menghindarkan tabiat membuang anjing dan anak-anak anjing peliharaan yang tidak diingini di merata-rata tempat.
2. Manakala bagi rancangan jangka panjang, MBPP dan MPSP mengambil langkah seperti berikut :
i) MBPP
a. Program pemandulan dengan kerjasama JPV dan NGO.
b. Program pendekatan bersepadu melibatkan, JPV, NGO serta penglibatan klinik veterinar swasta.
c. Menyebarkan hebahan dan maklumat mengenai program Pet Passport yang dikendalikan oleh pihak JPV.
d. Meningkatkan pematuhan syarat-syarat pelesenan anjing.
e. Mewujudkan animal sanctuary yang akan didirikan oleh NGO PASS di Taman Metropolitan Relau.
f. Standard Operating Procedur (SOP):
MBPP telah mewujud dan menyelaraskan program penguatkuasaan tangkapan anjing liar dan terbiar mengikut SOP terkini seperti yang ditetapkan oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan ke-67 (MNKT ke-67). Setiap pegawai perlu melaksanakan mengikut modul dan cara yang telah ditetapkan oleh pihak MBPP.
g. Penguatkuasaan operasi penangkapan anjing liar dan terbiar.
ii. MPSP
a. Program Pemandulan Jawatankuasa Kesayangan Haiwan LA 21
b. Program Pemandulan Kerjasama MPSP Dengan Klinik Veterinar Swasta
c. Insentif Pemberian Mikrocip
d. Insentif Pemberian Mikrocip Percuma Oleh MPSP
e. Pemberian Sijil Penghargaan
f. Promosi Pemandulan Anjing
g. Pendaftaran Pencinta Haiwan
h. Mewujudkan Website An Animal A Life
i. Meningkatkan Pematuhan Syarat-Syarat Pelesenan
j. Mewujudkan Feeding Kennels
k. Standard Operating Procedure (SOP)
l. Projek Trap, Neuter & Release (TNR)
m. Operasi Tangkapan Anjing Terbiar
n. Pemasangan Mikrocip Semasa Pendaftaran Lesen
o. Kerjasama Veterinary Research Institute (VRI) Untuk Pencegahan Pembiakan Anjing Terbiar.
3. Kerajaan Negeri melalui MBPP dan MPSP membantu NGO yang terlibat dalam isu ini bukan dengan pemberian subsidi wang secara langsung tetapi dengan bantuan melalui pelbagai cara. Peruntukan yang diluluskan untuk bajet 2016 MBPP adalah sebanyak RM425,000.00 bagi program Zero Stray. MBPP telah menyediakan sebidang tanah seluas 2.956 ekar untuk mewujudkan Animal Sanctuary yang didirikan oleh NGO PASS di Taman Metropolitan Relau. Kadar sewaan sebanyak RM1,450.00 sebulan merupakan subsidi sebagai dorongan kepada NGO ini yang menyediakan perkhidmatan kebajikan haiwan dengan mendirikan 5 kandang anjing, 4 kandang kucing bersaiz besar, klinik haiwan, ruang pejabat, pondok pengawal, jalan raya dan peparatian.Untuk makluman, kadar sewaan harga pasaran tapak tanah tersebut adalah RM5800.00. MPSP pula membantu NGO dengan kaedah berikut :
i. Mengecualikan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) bagi pembinaan tempat perlindungan haiwan.
ii. Menawarkan pajakan kecil (30 tahun) kepada SPCA untuk Lot 219 dan 220 di Mukim 12, Juru untuk kegunaan tempat perlindungan haiwan.
iii.Mengenakan caj pemandulan yang murah dengan kadar RM50.00 seekor anjing kepada NGO berbanding kos untuk anjing orang awam sebanyak RM160.00 seekor.