MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Merujuk kepada Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP 2020) kawasan Projek ZIA Penaga ditunjukkan sebagai hutan (paya bakau), sensitif alam sekitar yang berisiko nyata terhadap bencana alam sekitar (tsunami) dan hutan paya bakau perlu dikekalkan, dipulihara dan diwartakan. Adakah kawasan ini telah diwartakan sebagai hutan simpan selaras dengan RSNPP?
Dun Penaga
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Alam Sekitar

Jawapan

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP) telah diwartakan pada 28hb Jun 2007. 



Kawasan sepanjang pesisir Pantai Pasir Gebu, Mukim 1 hingga Kuala Bekah, Mukim 4, Daerah SPU ditunjukkan sebagai hutan / (paya bakau), sensitif alam sekitar yang berisiko nyata terhadap bencana alam sekitar dan dicadangkan perlu dikekalkan, dipulihara dan diwartakan berpandukan kepada RSNPP 2020. 



Pada masa yang sama, RSNPP 2020 melalui Dasar Sektoral 24, Langkah 1, turut mencadangkan untuk membangunkan dan mewartakan kawasan seluas 200 hektar di antara Kuala Sungai Tembus dan Sungai Bekah di Penaga sebagai Zon Industri Akuakultur bagi pengeluaran benih dan penternakan ikan siakap dan udang harimau. 



Permohonan perlingkungan semula kawasan tersebut daripada Zon Hutan (Paya Bakau) kepada Zon Pertanian (Akuakultur) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil 6/2014 yang diadakan pada 30 April 2014 dan disahkan pada 26 Mei 2014. Kawasan tersebut belum diwartakan sebagai hutan simpan Kerajaan Negeri atau hutan bakau. 


Kembali