MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Selanjutnya mengenai RSNPP 2020 berkaitan Projek ZIA Penaga :- (a) Adakah permohonan kebenaran merancang telah dikemukakan dan apakah statusnya? (b) Adakah penduduk-penduduk Taman Penaga/Taman Kuala Bekah/kampung-kampung berdekatan yang bersempadan dengan tapak projek akan dimaklum dan diberi peluang untuk menyatakan bantahan mereka melalui notis lot berjiran seksyen 21(6) APBD?
Dun Penaga
Exco YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN
Perkara Pelan Rancangan Tempatan

Jawapan

i) Permohonan Kebenaran Merancang dan permohonan pembangunan tanah/tapak masih belum dikemukakan memandangkan projek masih diperingkat penyediaan Terma Rujukan Laporan Details Environmental Impact Assessment (DEIA).



ii) Sesi Dialog bersama penduduk tempatan yang berkaitan merupakan salah satu komponen dalam penyediaan Laporan DEIA. Perbincangan awal bersama unit nelayan tempatan dan pihak Persatuan Penternak Akuakultur Pulau Pinang (PENKUA) telah diadakan.



Mengikut prosedur di bawah Seksyen 21(6) Akta Perancangan Bandar 1976, pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai akan menyampaikan notis kepada pemilik tanah berjiran setelah Permohonan Kebenaran Merancang dikemukakan. Selain pemilik tanah berjiran, tanah-tanah yang disebut di bawah seksyen 21(8) juga akan disampaikan notis iaitu:



a.      Tanah yang bersempadan dengan tanah yang hendak dimajukan.



b.      Tanah yang dipisahkan daripada tanah yang hendak dimajukan oleh mana-          mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya melebihi 20 meter          dan akan bersempadan dengan tanah yang hendak dimajukan jika tidak              kerana dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau rizab itu.



c.       Tanah yang terletak dalam jarak 200 meter dari sempadan tanah yang                 dimaksudkan oleh sesuatu permohonan di bawah seksyen ini jika jalan               masuk ke tanah yang hendaklah dimajukan oleh permohonan itu ialah                 jalan mati yang digunakan oleh pemunya-pemunya tanah tersebut.



 


Kembali