MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Jawapan bertulis mesyuarat Dewan yang lepas memaklumkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempunyai cadangan untuk menambah kekerapan laluan bas dari Bandar Sri Pinang ke pusat Jelutong. Bilakah ia akan direalisasikan dan nyatakan dengan terperinci liputan perjalanan bas melalui Bandar Sri Pinang ke pusat Jelutong.
Dun Sungai Pinang
Exco YAB CHOW KON YEOW
Perkara Pengangkutan Awam

Jawapan

Buat masa sekarang, kekerapan bas sehari dari Bandar Sri Pinang ke Pusat Jelutong adalah sebanyak 26 trip dengan menggunakan dua (2) buah bas. Kekerapan bas adalah 40 minit yang beroperasi selama 17 jam (bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 11.00 malam). Berdasarkan data yang disediakan oleh Rapid Penang, jumlah penumpang sehari adalah sekitar 400-500 orang dengan purata bilangan penumpang sebanyak 17 orang sahaja bagi setiap trip iaitu 32% daripada kapasiti bas. Sehubungan itu, buat masa sekarang tidak timbul keperluan untuk menambah bilangan bas. Sekiranya permintaan pengguna adalah tinggi, maka kekerapan bas akan ditambah mengikut permintaan.



Liputan terperinci perjalanan bas Bandar Sri Pinang ke Pusat Jelutong menggunakan bas Rapid Penang nombor 12 adalah seperti berikut:



Weld Quay – Lebuh Chulia – Jalan Kg Kolam – Lebuh Carnavan – Lebuh Mc Nair – Jalan Magazine – Lebuh Lintang – Jalan Dr. Lim Chwee Leong – Jalan Ria (Komtar) – Jalan Magazine – Jalan Penang – Jalan Dr. Lim Chwee Leong - Gat Jalan Perangin – Jalan Pengkalan Weld – Gat Lebuh Maccalum 1 – Lintang Maccalum 1 – Gat Lebuh Ceccil – Jalan Pengkalan Weld – Lebuh Sungai Pinang – Lebuh Sungai Pinang 1 – Lebuh Sungai Pinang – Jalan Pengkalan Weld – Gat Lebuh Ceccil – Lintang Maccalum 1 – Gat Lebuh Maccalum – Jalan Magazine – Lebuh Lintang – Jalan Dr. Lim Chwee Leong – Lebuh Carnavan – Jalan Kg Kolam – Lebuh Chulia – Weld Quay


Kembali