Soalan | Apakah faktor yang membolehkan pihak Kerajaan Negeri memberikan kebenaran tanah Taman Manggis untuk dimajukan dengan sektor perhotelan dan pusat kesihatan, sedangkan di kawasan tersebut terdapat banyak hospital swasta. |
Dun | Bayan Lepas |
Exco | YAB. CHOW KON YEOW |
Perkara | Tanah |
Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan pelancongan dan ianya merupakan salah satu daripada penyumbang utama kepada ekonomi negeri. Pelancongan Perubatan (medical tourism), khususnya di Pulau Pinang mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelancong luar negara. Pulau Pinang Penang merupakan penyumbang terbesar kepada industri pelancongan perubatan seluruh Malaysia, di mana hampir 50% pelancong yang melawat untuk tujuan perubatan di Malaysia memilih Pulau Pinang sebagai destinasi mereka. Ia telah menjanakan pendapatan yang lumayan melalui industri ini. Untuk itu, peluang ini harus dimanafaat sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dalam usaha memajukan lagi industri pelancongan di Pulau Pinang seterusnya ekonomi negeri.
Oleh kerana kawasan tersebut ada hospital swasta, kemungkinan besar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada awalnya menolak permohonan lesen hospital oleh KLIDC. Namun, sektor perhotelan dan pusat kesihatan merupakan satu cadangan yang dapat memperkasakan lagi kedua-dua industri pelancongan dan perubatan yang akan memberi impak positif dari segi pembangunan ekonomi negeri.
Pada masa tender ditawarkan, hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk membina sebuah Pusat Perubatan Pakar yang boleh membantu meningkatkan hasil negeri dalam industri pelancongan. Walau bagaimanpun, KKM pada awalnya tidak meluluskan permohonan untuk membina sebuah hosptal swasta di atas tapak tersebut, tetapi hanya menyediakan perkhidmatan “niche” seperti pembedahan plastik dan rekonstruktif, kardiologim oftalmologi dan ortopedik. Akan tetapi, akhirnya KKM bersetuju meluluskan lesen hospital penuh sungguhpun pada mulanya menolaknya kerana terlalu banyak hospital. KKM mungkin berubah fikiran dan telah meluluskan lesen hospital penuh kerana sedar tentang pentingnya industri pelancongan perubatan kepada pembangunan ekonomi Pulau Pinang. Kerajaan Negeri yakin bahawa dengan adanya pusat perubatan pakar ini, ia akan merangsang ekonomi setempat secara keseluruhannya dan industri pelancongan secara khususnya.