Soalan | 10. Pegawai Seranta dilantik secara kontrak di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membantu ADUN. (a) Mengapa Kerajaan Negeri tidak menyerap masuk Pegawai Seranta ke jabatan yang bersesuaian di bawah Kerajaan Negeri apabila kontrak tamat bagi mengurangkan pengangguran? (b) Bilakah peruntukan gaji akan disemak dan dinaikkan? |
Dun | Penanti |
Exco | YB. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY |
Perkara | Pentadbiran |
a) Tugas Pegawai Seranta adalah membantu YB. ADUN di kawasan masing-masing. Calon Pegawai Seranta dikenal pasti dan diperakukan oleh YB. ADUN sendiri dan perlantikan berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri secara kontrak (Contract For Service) bagi memenuhi keperluan YB. ADUN berkenaan dan tiada perjawatan tetap bagi pelantikan tersebut.
b) Kesemua pelantikan tetap untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi semua gred jawatan diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Oleh itu bagi Pegawai Seranta yang telah tamat kontrak, perlu memohon dengan SPA untuk dilantik tetap dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan SPA.
c) Peruntukan untuk pembayaran elaun (gaji) kepada Pegawai Seranta setiap bulan telah ditetapkan dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan 17/2013 pada 31 Mei 2013. Setiap YB.ADUN boleh membuat pelarasan elaun (gaji) Pegawai Seranta masing-masing dengan syarat tidak melebihi RM3,500.00 seorang sebulan dan tidak melebihi batas peruntukan yang telah ditetapkan kepada YB. ADUN.