MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan untuk menghentikan produk kosmetik yang mengandungi microbeads pollutant untuk dijual di pasaran? Jikalau ada, adakah tindakan ini termasuk enakmen?
Dun Kebun Bunga
Exco YB. DATO' HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Perkara Perindustrian (Perusahaan)

Jawapan

Tindakan untuk menghentikan apa-apa produk kosmetik di pasaran yang di dapati mengandungi bahan yang merbahaya kepada pengguna diperuntukkan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan  Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 yang mana Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) adalah badan regulatori yang bertanggungjawab  dalam mengawal selia pendaftaran produk-produk seperti ini, ia bukan bidangkuasa kerajaan negeri.



Dalam isu penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan mikrobeads pollutants ini, buat masa sekarang, pihak BPFK sedang dalam semakan dan mengkaji bentuk kawalan yang dilaksanakan oleh negara-negara luar yang dirujuk seperti Negara Eropah & Negara Asean lain termasuk input daripada Persatuan Kosmetik Malaysia.  Kajian menyeluruh masih dilaksanakan dan keputusan yang diambil nanti akan selaras dengan pendekatan oleh Negara-negara rujukan tadi.



Penguatkuasaan terhadap keperluan ini perlu kajian lebih mendalam memandangkan  microbeads pollutants ini bukanlah merupakan bahan kandungan (ingredients) di dalam semua produk kosmetik dan kaedah yang tepat untuk pengenalpastian/penganalisaan bahan ini di dalam produk kosmetik tertentu  belum dapat ditetapkan.



Sekiranya hasil kajian dan rujukan yang dijalankan mempunyai asas kukuh untuk tidak membenarkan penggunaan bahan microbeads pollutants di dalam semua produk kosmetik, satu arahan bagi tujuan itu boleh dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi  ( Director of Pharmaceutikal Services)  di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984, peruntukan Peraturan 18A Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984. Penguatkuasaan bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri.


Kembali