Soalan | 16. Hospital Besar Pulau Pinang adalah hospital paling tua dalam negara yang berusia 137 tahun dan bilangan katil hospital tidak mencukupi. Adakah pihak Kementerian Kesihatan merancang untuk membina sebuah hospital baru di daerah Barat Daya? |
Dun | Kebun Bunga |
Exco | YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN |
Perkara | Kesihatan |
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak berhasrat untuk membina sebuah hospital baru di Daerah Barat Daya. Walau bagaimanapun, Hospital Balik Pulau akan dinaik taraf dengan menambah baik ruang dan kemudahan di Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar melibatkan kos RM22.5 juta. Projek ini masih di peringkat perundingan antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.