Soalan | 15. Sila nyatakan dengan teliti jumlah permohonan yang telah dibuat oleh tokong atas tanah RIBI di kawasan Pengkalan Kota. |
Dun | Pengkalan Kota |
Exco | YB JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH |
Perkara | Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) |
Kawasan Pengkalan Kota merupakan kawasan tepu bina dan tiada Tapak RIBI yang diserahkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam pematuhan Pelan Kebenaran Merancang. Walau bagaimanapun, bagi tempoh 2011 - 2015, sebanyak lima permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi tujuan Rumah Ibadat (Tokong) di kawasan Pengkalan Kota telah diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Tanah Negeri, di mana tiga permohonan telahpun diluluskan, satu ditolak dan satu lagi masih dalam pertimbangan.