Soalan | Perbandaran antarabangsa yang berjaya membina rangkaian pengangkutan secara berperingkat, bersepadu dan perkembang demi keperluan. Namun kerajaan bercadang 3 sistem berbeza (LRT, Monorel, Trem) yang sukar mengintegrasikan, mengendalikan dan mengekalkan, apakah justifikasinya? |
Dun | Kebun Bunga |
Exco | YAB CHOW KON YEOW |
Perkara | Pelan Induk Pengangkutan |
Kerajaan Negeri bersama dengan SRS Consortium telah berjaya menghasilkan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) untuk Negeri Pulau Pinang merangkumi juga kawasan Seberang Perai. PIP juga mencadangkan untuk membina satu sistem rangkaian rel yang bersepadu di Pulau Pinang. Perlaksanaan dan pembinaan mengikut PIP ini akan dijalankan secara berperingkat dan akan diintegrasikan di antara satu sama lain. Fasa 1 pembinaan melibatkan jajaran LRT bermula dari KOMTAR ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Justifikasi utama kepada pemilihan tiga (3) mod pengangkutan yang berasingan iaitu LRT, monorel dan TRAM adalah :
i. Unjuran pengguna sistem pengangkutan awam pada tahun 2030 adalah seramai 116,000 orang;
ii. Pertambahan pergerakan traffik dari dalam dan luar Pulau Pinang;
iii. Pembangunan yang akan dijalankan masa hadapan;
iv. Mengurangkan kos pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti; dan
v. Mengurangkan impak semasa kerja-kerja pembinaan.
Disamping itu juga, pembinaan ketiga-tiga sistem rel tersebut akan mengguna pakai satu sistem operasi yang dapat diintegrasi di antara satu mod dengan mod yang lain, menggunakan sistem dan teknologi rel yang sama dan menggunakan satu sistem tiket bersepadu agar semua pengguna dapat menggunakannya dengan mudah dan cepat.