Soalan | 29. Sila berikan senarai bangunan seliaan Penang Development Corporation (PDC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dijalankan audit aksesibiliti / reka bentuk sejagat. |
Dun | Pulau Tikus |
Exco | YAB CHOW KON YEOW |
Perkara | Kakitangan Kerajaan |
Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited untuk membina masyarakat yang inklusif serta bebas halangan (barrier free). Oleh itu, audit aksesibiliti / reka bentuk sejagat adalah sangat penting untuk memastikan penggunaan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design) dan pelaksanaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 serta Undang-Undang Kecil 34A, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1991 dan garis panduan MS1184 : 2014 dalam setiap struktur bangunan dan infrastruktur awam.
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menjalankan audit aksesibiliti / reka bentuk sejagat ke atas 13 bangunan iaitu 1 di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 12 di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP). Senarai bangunan tersebut adalah seperti di Lampiran A.
Walau bagaimanapun, Audit aksesibiliti / reka bentuk sejagat masih belum dijalankan di bangunan milik Penang Development Corporation (PDC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).