MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mendirikan sebuah pusat komuniti warga emas di setiap kawasan perumahan supaya warga emas yang tinggal berseorangan atau semasa anak bekerja di luar, agar mereka mempunyai satu tempat untuk menghabiskan masa?
Dun Pengkalan Kota
Exco YB. PHEE BOON POH
Perkara Warga Emas

Jawapan

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di mana terdapat 2 buah PAWE di Pulau Pinang, iaitu di Balik Pulau dan Pongsu Seribu, Kepala Batas. PAWE merupakan tempat berkumpul dan menjalankan aktiviti bagi warga emas tetapi bukan pusat jagaan berkediaman / harian untuk warga emas. PAWE beroperasi mengikut waktu pejabat selama 5 hari seminggu. Setiap PAWE mempunyai jawatankuasa yang menggerakkan operasi dan penyelia yang dilantik bagi menguruskan PAWE tersebut.



Kerajaan Negeri telah melaksanakan program “Jom Hidup Sihat” yang disasarkan kepada rakyat di negeri Pulau Pinang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat khususnya di kalangan warga emas. Kerajaan Negeri menggalakkan setiap KADUN untuk mewujudkan pusat komuniti supaya aktiviti-aktiviti komuniti seperti latihan Tai Chi, Qi Gong, Line Dance, Aerobik dapat dijalankan dan peralatan out door gym juga dapat disediakan. Program ini juga dapat menjadikan kawasan perumahan sebagai pusat aktiviti dan riadah seharian kepada warga emas untuk bersama-sama memupuk kepentingan penjagaan kesihatan dan membina ikatan silaturrahim yang baik serta dapat menanam sikap kejiranan dan prihatin di kalangan komuniti.



Selain itu,Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut menyediakan kemudahan alatan senaman (outdoor gym) yang giat dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan di taman-taman rekreasi awam dan kawasan tanah lapang untuk digunakan oleh masyarakat setempat termasuk warga emas. Kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:-



 (i)       Taman Tugu Kota Demokrasi Bagan, SPU





 (ii)       Anjung Bagan, Butterworth, SPU





 (iii)      Vision Park, Bertam, SPU





 (iv)      Taman Tunku, Seberang Jaya, SPT





 (v)       Taman Rekreasi Ampang Jajar, Permatang Pauh, SPT





 (vi)      Taman Rekreasi PBAPP Bukit D.O, Bukit Mertajam, SPT





 (vii)     Taman Perbandaran





 (viii)    Taman Metropolitan, Relau





 (ix)      Taman Jajar



(x)        Taman Lucky



(xi)       Taman Andrew



(xii)      Taman Sri Pinang



(xiii)     Taman Merbau



(xiv)     Taman Selayang Jaya



(xv)      Taman Segamal



(xvi)     Taman Sin Tatt



(xvii)    Ladang Victoria



(xviii)   Balai-balai Rakyat

(xix)     Kompleks Sukan Balik Pulau



(xx)     Stadium Bandaraya



 



 



 



 


Kembali