Soalan | Kini pertubuhan Hindu Endowment Board meminta wang daripada para penganut untuk aktiviti keagamaan, sila jelaskan apakah pertubuhan itu mempunyai hak untuk berbuat demikian? |
Dun | Batu Uban |
Exco | YB. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY |
Perkara | Badan Bukan Kerajaan (NGO) |
Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (Penang Hindu Endowments Board) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1906 di bawah Ordinan Wakaf-Wakaf Hindu [(Ordinan 17), Tahun 1905]. Lembaga ini merupakan pemegang harta wakaf dan kuil-kuil Hindu di bawah pengurusannya dan bertanggungjawab dalam hal-hal pentadbiran serta kebajikan kuil-kuil tersebut.
Menurut Seksyen 2, Ordinan Wakaf-Wakaf Hindu [Ordinan 17 Tahun 1905] ('Ordinan tersebut') mentakrifkan perkataan ”Endowment” sebagai :
”Endowment” means any endowment in land or money given or to be given for the support of any Hindu Temple, or Hindu Shrine or School or other Hindu pious, religious, charitable, or beneficial purpose”
Oleh yang demikian, Seksyen 2 Ordinan tersebut jelas membolehkan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang hak untuk menerima wang daripada para penganut untuk aktiviti keagamaan melalui kuil-kuil di bawah pentadbirannya.