MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan USUL DI BAWAH PERATURAN 31, PERATURAN-PERATURAN MAJLIS MESYUARAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG BAGI MAKSUD CADANGAN PINDAAN PERATURAN-PERATURAN MAJLIS MESYUARAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk perkara di atas dan memaklumkan bahawa saya bercadang membentangkan satu Usul yang berikut dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan pada bulan Mei 2016: “Bahawa Dewan ini meluluskan cadangan supaya Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat membincangkan draf pindaan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang dikemukakan bersama dengan usul ini. Draf pindaan tersebut adalah seperti berikut:- Cadangan pindaan Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memasukkan Peratruan dan Jadual baru:- 105A. Aturan dalam Jawatankuasa Pilihan (1) Aturan ini adalah dipakaikan kepada semua Jawatankuasa, kecuali yang disyaratkan dalam Peraturan Majlis Mesyuarat 109B sampai 109E. (2) Sesebuah Jawatankuasa berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat atau dokumen-dokumen, dan boleh mengeluarkan penyata kepada Dewan mengandungi, fikiran dan pandangannya butir-butir keterangan yang telah diberi di hadapannya. (3) Perbincangan Jawatankuasa itu hendaklah dihadkan kepada perkara yang diserahkan oleh Dewan kepadanya dan juga kepada apa-apa yang berkenaan dengan perkara itu seperti yang ditambah atau dihadkan oleh Dewan. Berkenaan dengan Jawatankuasa Pilihan yang menimbangkan Rang Undang-undang, perbincangan Jawatankuasa itu hendaklah dihadkan kepada Rang Undang-undang itu dan kepada pindaan yang berkaitan dengan Rang Undang-undang. (4) Mesyuarat pertama Jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi, jika Jawatankuasa Tetap Dewan, atau oleh Tuan Speaker jika Jawatankuasa Pilihan. Mesyuarat yang kemudian hendaklah diadakan pada masa dan di tempat menurut sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa itu. Tetapi disyaratkan jika Jawatankuasa ini tidak menetapkan masa dan tempatnya, maka Pengerusi hendaklah menetapkannya setelah berunding dengan Setiausaha Dewan. (5) Sesebuah Jawatankuasa tidak boleh mengadakan mesyuarat pada masa Dewan bersidang kecuali jika telah mendapat izin daripada Dewan. (6) Sesebuah Jawatankuasa boleh meneruskan penyiasatannya sungguhpun Dewan telah ditangguhkan. (7) Setiausaha Dewan hendaklah jadi Setiausaha kepada tiap-tiap Jawatankuasa. (8) Apabila hendak disoal sesiapa saksi, maka ahli Dewan yang hendakkan saksi itu hendaklah menghantar kepada Setiausaha Dewan suatu senarai mengandungi nama, alamat dan pekerjaan tiap-tiap saksi itu sekurang-kurangnya dua hari sebelum hari yang ditetapkan hendak disoal saksi itu. Jika yang berkenaan itu ialah jawatankuasa yang menimbangkan sesuatu Rang Undang-undang Persendirian atau Rang Undang-undang Campuran, maka yang dikehendakkan menghantar senarai ini ialah orang yang menghantar rayuan yang hendakkan saksi itu. Setelah itu Setiausaha, bagi pihak Dewan hendaklah memanggil saksi itu hadir; Tetapi disyaratkan iaitu, kecuali saksi yang dikehendaki disoal oleh sesebuah Jawatankuasa Pilihan yang menimbangkan sesuatu Rang Undang-undang dan dikehendaki oleh ahli yang menjaga Rang Undang-undang itu atau oleh seseorang yang menghantar rayuan, Setiausaha Dewan tidak boleh memanggil seseorang saksi melainkan kalau Pengerusi, bagi pihak Jawalankuasa itu, telah mengeluarkan perintah (yang hendak diberikan kepada setiausaha Dewan sekurang-kurangnya empat hari sebelum hari ditetapkan untuk menyoal saksi) bagi memanggil saksi itu. (9) Kecuali jika Pengerusi mengeluarkan perintah lain, maka butir-butir keterangan tiap-tiap saksi itu hendaklah dituliskan sebagaimana yang dicakapkannya dan keterangan itu hendaklah dihantar kepada saksi itu supaya disemaknya. Dalam tempoh tujuh hari daripada hari Setiausaha Dewan menghantar keterangan itu, maka boleh saksi itu mengesyorkan supaya dibetulkan apa-apa yang tidak betul dituliskan dan keterangan ini hendaklah dicap dengan apa-apa pindaan yang dibenarkan oleh Pengerusi. (10) Jawatankuasa itu, jika baik pada timbangannya, boleh enggan mendengar apa-apa keterangan yang tidak berkaitan atau mendengar cakap saksi yang degil. (11) (a) Seseorang ahli Jawatankuasa boleh membawa satu penyata bagi ditimbangkan oleh Jawatankuasa itu dan semua penyata demikian itu hendaklah dituliskan dengan penuhnya dalam butir-butir mesyuarat Jawatankuasa itu. Apabila semua penyata itu telah dibawa ke hadapan Jawatankuasa itu, Pengerusi akan mencadangkan penyata itu mengikut susunannya dimulakan dengan penyatanya sendiri dan diteruskan dengan penyata lain-lain mengikut dahulu kemudiannya dibawa ke hadapan Jawatankuasa itu hingga satu daripadanya telah diterima sebagai asas perbincangan. Masalah yang akan dikemukakan oleh Pengerusi di atas sesuatu penyataitu ialah “Iaitu penyata Pengerusi (atau Tuan .....) dibacakan kali yang kedua lepas satu perenggan satu perenggan”. Apabila masalah ini telah disetujukan, maka tidak boleh masalah dikemukakan atas apa-apa penyata lain, tetapi apa-apa bahagian daripada penyata lain itu boleh ditawarkan sebagai pindaan ke atas penyata yang sedang dibincangkan, jika berkaitan dengan penyata itu. (b) Setelah itu Jawatankuasa ini hendaklah menimbangkan penyata itu lepas satu perenggan satu perenggan dan syarat dalam Peraturan 62 hingga 71 Peraturan Majlis Mesyuarat hendaklah terpakai seolah-olah penyata itu suatu Rang Undang-undang dan perenggan-perenggan penyata itu seolah-olah fasal dalam Rang Undang-undang. (c) Apabila selesai ditimbangkan penyata itu lepas satu perenggan, satu perenggan dan apabila semua perenggan baru yang dicadangkan telah ditimbangkan, maka masalah iaitu penyata ini jadi penyata Jawatankuasa kepada Dewan hendaklah dikemukakan oleh Pengerusi bagi diputuskan. (12) Perenggan (xiv) Peraturan Majlis Meysuarat 46, hendaklah terpakai kepada perbincangan sesuatu Jawatankuasa. (13) Jadual Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah menjadi sebahagian daripada aturan Peraturan Majlis Mesyuarat 105A ini. 109F. Jawatankuasa Pejabat Daerah dan Tanah (1) Dengan tidak menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat 109, sebuah Jawatankuasa Tetap hendaklah diadakan dan Jawatankuasa ini haruslah dinamakan Jawatankuasa Pejabat Daerah dan Tanah yang dilantik pada awal tiap-tiap penggal persidangan untuk memeriksa dan memantau selia: (a) apa-apa kira-kira dan segala urusan perntadbiran Pejabat Daerah dan Tanah yang dibentangkan dalam Dewan; (b) apa-apa perkara berkaitan Pejabat Daerah dan Tanah dalam penyata-penyata Juru Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan menurut Fasal (2) Perkara 107 Perlembangaan Persekutuan; (c) apa-apa perkara berkaitan Pejabat Daerah dan Tanah yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau lain-lain perkara yang dirujukkan oleh Dewan kepada Jawatankuasa itu. (2) Semua perenggan dalam Peraturan Majlis Mesyuarat 109A selain daripada perenggan (1) adalah terpakai dalam PeraturanMajlis Mesyuarat ini. 109G. Jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan (1) Dengan tidak menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat 109, sebuah Jawatankuasa Tetap hendaklah diadakan dan Jawatankuasa ini haruslah dinamakan Jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang dilantik pada awal tiap-tiap penggal persidangan untuk memeriksa dan memantau selia: (a) apa-apa kira-kira dan segala urusan perntadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang dibentangkan dalam Dewan; (b) apa-apa perkara berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan dalam penyata-penyata Juru Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan menurut Fasal (2) Perkara 107 Perlembangaan Persekutuan; (c) apa-apa perkara berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau lain-lain perkara yang dirujukkan oleh Dewan kepada Jawatankuasa itu. (2) Semua perenggan dalam Peraturan Majlis Mesyuarat 109A selain daripada perenggan (1) adalah terpakai dalam PeraturanMajlis Mesyuarat ini. 109F. Jawatankuasa Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (1) Dengan tidak menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat 109, sebuah Jawatankuasa Tetap hendaklah diadakan dan Jawatankuasa ini haruslah dinamakan Jawatankuasa Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat yang dilantik pada awal tiap-tiap penggal persidangan untuk memeriksa dan memantau selia: (a) apa-apa kira-kira dan segala urusan perntadbiran Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat yang dibentangkan dalam Dewan; (b) apa-apa perkara berkaitan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat dalam penyata-penyata Juru Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan menurut Fasal (2) Perkara 107 Perlembangaan Persekutuan; (c) apa-apa perkara berkaitan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau lain-lain perkara yang dirujukkan oleh Dewan kepada Jawatankuasa itu. (2) Semua perenggan dalam Peraturan Majlis Mesyuarat 109A selain daripada perenggan (1) adalah terpakai dalam PeraturanMajlis Mesyuarat ini. JADUAL [Peraturan Majlis Mesyuarat 105A(13)] Mesyuarat Jawatankuasa Pemakaian 1. (1) Jadual ini adalah tertakluk kepada peruntukan dalam Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. (2) Jadual ini adalah terpakai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Tetap Dewan Negeri yang ditubuhkan di bawah dan menurut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. (3) Sekiranya terdapat percanggahan yang timbul, maka peruntukan berkenaan dalam Jadual ini hendaklah diketepikan. Tafsiran 2. Dalam Jadual ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Ahli Jawatankuasa” bererti mana-mana Ahli Dewan Negeri yang dilantik ke dalam Jawantankuasa yang ditubuhkan di bawah atau menurut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang; “Jawantankuasa” bererti mana-mana Jawatankuasa Pilihan atau Jawatankuasa Tetap Dewan yang ditubuhkan di bawah atau menurut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang; “Mesyuarat” termasuk siasatan atau pendengaran yang diadakan oleh Jawatankuasa; “Pengerusi Jawantankuasa” bererti Pengerusi yang dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa di bawah atau menurut Peraturan Majlis Mesyuarat. Mesyuarat 3. (1) Pengerusi Jawatankuasa hendaklah memanggil mensyuarat Jawatankuasa dari semasa ke semasa untuk memantau dan memutuskan perkara mengenai siasatan dan pendengaran Jawatankuasa. (2) Pengerusi hendaklah memberi arahan kepada Setiausaha Jawatankuasa untuk melaksanakan keputusan mesyuarat Jawatankuasa atau tugas mengenai atau yang berhubung kait dengan perlaksanaan keputusan mesyuarat Jawatankuasa. Siasatan 4. (1) Tertakluk kepada kuasa yang diberikaa subperenggan (6), mana-mana saksi dibenarkan untuk melantik peguambela dan peguamcara sebagai pemerhati dalam semua peringkat pendengaran Jawatankuasa. (6) Mana-mana pihak bukan saksi yang mana kelakuannya adalah menjadi hal perkara, atau satu daripada hal perkara penyiasatan oleh Jawatankuasa itu, atau hak dan kepentingannya adalah terjejas secara langsung oleh perkara yang telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Pilihan itu bagi pertimbangan, boleh hadir sendiri atau hadir bersama peguam yang cuma bertindak sebagai pemerhati sahaja dengan izin Jawatankuasa. (7) Mana-mana saksi yang memberi keterangan secara bertulis atau lisan hendaklah menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, pekerjaan, jawatan, alamat kediaman dan apa-apa maklumat tambahan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa sebelum memberi keterangan. Pihak yang membantu siasatan 7. Jawatankuasa berkuasa untuk melantik mana-mana orang yang berkelayakan, Penasihat Undang-undang Negeri atau wakilnya atau Peguambela dan Peguamcara yang sama ada untuk keseluruhan atau sebahagaian daripada perjalanannya, untuk mengumpul keterangan mengenai perkara yang disiasat oleh Jawatankuasa menurut perenggan 4. (2) Pihak media dan orang awam adalah dibenarkan menghadiri pendengaran terbuka tertakluk kepada kuasa Jawatankuasa untuk menghadkan bilangan pihak media dan orang awam yang hadir berdasarkan bilangan tempat duduk dalam bilik pendengaran. (3) Atas permohonan mana-mana orang yang dipanggil oleh Jawatankuasa, Jawatankuasa berkuasa untuk memerintahkan mana-mana bahagian pendengaran diadakan secara tertutup. (4) Melainkan diputuskan sebaliknya oleh Jawatankuasa, pendengaran Jawatankuasa atau sebahagian boleh disiarkan secara langsung melalui media elektronik. Saksi 6. (1) Mana-mana saksi yang disaman untuk menghadiri pendengaran yang dipanggil oleh Jawatankuasa hendaklah memberi keterangan di bawah sumpah / ikrar yang berbunyi: “Bahawasanya saya, ...(Nama)..., dengan sesungguhnya bersumpah/berikrar bahawa segala keterangan yang saya berikan di hadapan Jawatankuasa ini adalah benar, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka.” (2) Mana-mana saksi yang telah memberi keterangan bertulis hendaklah apabila disaman oleh Jawatankuasa mengikrarkan keterangan bertulis yang telah dibentangkan terlebih dahulu. (3) Mana-mana saksi yang memberi keterangan sama ada secara bertulis atau lisan bolehlah disoal balas oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa atau orang yang dilantik atau dibenarkan oleh Jawatankuasa untuk menyoal dan saksi tersebut hendaklah memberi jawapan kepada soalan yang dikemukakan terhadapnya. (4) Mana-mana saksi yang telah memberi keterangan secara bertulis atau lisan bolehlah disaman semula untuk memberi keterangan lanjut. (5) Tertakluk kepada subperenggan (6), mana-mana saksi dibenarkan untuk melantik peguambela dan peguamcara sebagai pemerhati dalam semua peringkat pendengaran Jawatankuasa. (6) Mana-mana pihak bukan saksi yang mana kelakuannya adalah menjadi hal perkara, atau satu daripada hal perkara penyiasatan oleh Jawatankuasa itu, atau hak dan kepentingannya adalah terjejas secara langsung oleh perkara yang telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Pilihan itu bagi pertimbangan, boleh hadir sendiri atau hadir bersama peguam yang cuma bertindak sebagai pemerhati sahaja dengan izin Jawatankuasa. (7) Mana-mana saksi yang memberi keterangan secara bertulis atau lisan hendaklah menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, pekerjaan, jawatan, alamat kediaman dan apa-apa maklumat tambahan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa sebelum memberi keterangan. Pihak yang membantu siasatan 7. Jawatankuasa berkuasa untuk melantik mana-mana orang yang berkelayakan, Penasihat Undang-undang Negeri atau wakilnya atau Peguambela dan Peguamcara yang bertauliah untuk membantu dalam pengumpulan dan pembentangan keterangan kepada Jawatankuasa dalam siasatan atau pendengaran. Permohonan untuk mengetepikan 8. Segala permohonan untuk mengetepikan pemakaian Jadual ini hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa dan keputusan Pengerusi adalah muktamad. Tafsiran Tuan Speaker 9. Segala tafsiran ke atas mana-mana peruntukan dalam Jadual ini hendaklah dirujuk kepada dan diputuskan oleh Tuan Speaker dan segala keputusannya adalah muktamad.” MATLAMAT CADANGAN PINDAAN 1. Memurtabatkan fungsi Dewan sebagai institusi check and balance terhadap eksekutif dan jabatan kerajaan. 2. Membolehkan Dewan membuat pendengaran terbuka melalui Jawatankuasa selaras dengan prinsip CAT.
Dun Bukit Tengah
Exco
Perkara -

Jawapan
Kembali