MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
10/05/2016 09:30:00 AM hingga 20/05/2016 05:00:00 PM
Soalan Dalam surat 13 November 2013, Pengarah Syarikat Magnificent Emblen Phang Lee Koon mencadangkan "Workers Villages" atas dua (2) tanah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC): (a) Apakah keputusan EXCO dan Y.A.B. Ketua Menteri dalam kes ini? (b) Berapa bantahan penduduk tempatan?
Dun Kebun Bunga
Exco YAB. CHOW KON YEOW
Perkara PDC

Jawapan

(a) EXCO berpendapat “Workers Villages” untuk pekerja-pekerja tempatan dan asing boleh dipertimbangkan demi mengatasi masalah pekerja tempatan dan asing yang tidak ada penginapan sesuai tanpa mengganggu penduduk tempatan. Namun demikian, Syarikat Magnificient Emblem akhirnya tidak berjaya dalam tender terbuka untuk membeli tanah tersebut kerana tidak mematuhi syarat RFP, bukan seperti mana yang didakwa oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab. Justeru, tender tersebut akhirnya telah ditawarkan kepada syarikat Westlite Dormitory (Penang-Juru) Sdn Bhd kerana menawarkan harga paling tinggi. Ini membuktikan sistem tender terbuka berfungsi di Pulau Pinang berdasarkan harga tawaran paling tinggi. Hanya sekeping tanah di Juru yang ditender sedangkan tender di Batu Kawan tidak diteruskan.



(b). Bantahan penduduk terhadap projek pembangunan perkampungan pekerja warga asing di Juru yang akan dibangunkan oleh syarikat Westlite Dormitoty (Penang Juru) Sdn Bhd telah dibuat melalui JKKK Bukit Minyak, JKKK Perkampungan Juru dan 7 individu lain.


Kembali