Jawapan
YB. LIM HOCK SENG
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
33. (1) Mengikut Peruntukan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan perlu menyalur pemberian tahunan kepada Kerajaan Negeri untuk membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan-jalan Negeri. Asas pemberian adalah dikira berdasarkan Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut perkiraan tersebut, maka jumlah pemberian yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri untuk pembiayaan kerja-kerja penyenggaraan jalan Negeri mengikut tahun adalah seperti berikut:-
(i) RM34,160,560.00 pada tahun 2008;
(ii) RM51,369,226.00 pada tahun 2009;
(iii) RM57,261,928.00 pada tahun 2010;
(iv) RM59,685,592.00 pada tahun 2011;
(v) RM65,981,247.00 pada tahun 2012;
(vi) RM84,588,635.26 pada tahun 2013;dan
(vii) RM94,622,919.69 pada tahun 2014.
Manakala pada tahun 2015, sehingga 28 Oktober 2015, peruntukan yang disalurkan adalah berjumlah RM74,841,672.28.
(2) Kerajaan Negeri juga menyedia peruntukan tahunan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan serta projek pelebaran jalan di bawah Peruntukan Pembangunan Jabatan Kerja Raya. Manakala peruntukan untuk kerja-kerja perparitan disediakan di bawah Peruntukan Pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Peruntukan Kerajaan Negeri yang telah disediakan untuk ketiga-tiga kategori projek pembangunan tersebut adalah:-
(i) RM5,699,630.00 pada tahun 2008;
(ii) RM5,889,790.00 pada tahun 2009;
(iii) RM10,741,980.00 pada tahun 2010;
(iv) RM28,705,890.00 pada tahun 2011;
(v) RM29,410,220.00 pada tahun 2012;
(vi) RM31,300,340.00 pada tahun 2013;
(vii) RM19,889,250.00 pada tahun 2014;dan
(viii) RM16,004,000.00 pada tahun 2015.