MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
06/11/2015 09:30:00 AM
Soalan Sejak mentadbir negeri pulau pinang sehingga kini, nyatakan: (a) berapa banyak surau/masjid telah dibangunkan dari peruntukan negeri; (b) berapakah jumlah permohonan baikpulih atau pembinaan baru surau/masjid oleh kerajaan negeri dan kos perbelanjaan; dan (c) status tanah-tanah wakaf dan pengurusannya.
Dun -
Exco
Perkara -

Jawapan
YB. DATO' HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

12. (a) Jumlah surau/masjid yang telah dibina sejak tahun 2008 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak 15 buah. Agihan sumbangan negeri dan persekutuan adalah dengan nisbah 30:70 manakala 6 buah surau/masjid telah dibina menggunakan peruntukan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Senarai surau/masjid yang dibina menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam adalah seperti di Lampiran A.

(b) Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.0 juta pada setiap tahun untuk kerja-kerja menaiktaraf dan pembaikan berskala kecil surau/masjid. Jumlah kerja-kerja yang dilaksanakan adalah berbeza-beza pada setiap tahun kerana bergantung kepada permohonan baik pulih dan bina baru yang diterima dari setiap masjid dan surau. Keutamaan adalah ditumpukan kepada kerja-kerja pembaikan bumbung, menaiktaraf tandas dan tempat wuduk.

(c) Status tanah wakaf di Negeri Pulau Pinang kekal di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan tanah yang dikenal pasti telah diwakafkan akan didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sebaliknya bagi mana tanah yang diwakafkan secara lisan, proses siasatan akan dibuat dari semasa ke semasa melalui Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah & Tanah atau melalui masyarakat setempat bagi tujuan pendaftaran sebagai tanah wakaf. Pengurusan tanah wakaf, adalah terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang secara langsung.
Kembali