Jawapan
YB. CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
11. Kerja-kerja pembinaan di tanah tinggi perlu mematuhi garis panduan Jabatan Perancangan Pembangunan PBT dan Garis Panduan Keselamatan Pembangunan Tanah Bukit Pulau Pinang 2012. PBT dalam mempertimbangkan Permohonan Kebenaran Merancang di kawasan kaki bukit dan cerun-cerun bukit memutuskan ianya boleh dikawal melalui syarat-syarat seperti yang ditetapkan dalam kelulusan laporan Geoteknikal untuk menentukan keselesaan dan keselamatan penduduk tidak terjejas.
Pemohon hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan semasa pelaksanaan pemajuan berkenaan lain-lain syarat kebenaran merancang yang dikenakan adalah:
(i) Pemohon perlu mengambil insuran liabiliti awam untuk menjaga kepentingan kerosakan harta benda penduduk.
(ii) Kelulusan Kebenaran Merancang yang telah mensyaratkan supaya dibina parit dahulu sebelum kebenaran mula kerja dikeluarkan.
(iii) Menjadi tugas jurutera perunding untuk memberi pengakuan bahawa sesuatu pemajuan itu tidak akan mengganggu sistem saliran di kawasan sekitar tapak pemajuan.
(iv) PBT akan mengeluarkan Stop Work Order lanjutan daripada Stop Work Order yang dikeluarkan oleh Jabatan Kejuruteraan PBT ke atas kerja-kerja tanah yang dijalankan jika mengakibatkan banjir kilat dan lumpur dari tapak pembinaan selaras dengan perundangan sedia ada
(v) Menghentikan kerja-kerja pembinaan di tanah tinggi sekiranya pembinaan tersebut tidak mematuhi dasar dan polisi seperti berikut :-
(a) Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSN2020 ) -(DSU10L1) Kawasan Sensitif Alam Sekitar Berisiko Bencana (KSAS) yang mengkelaskan kawasan tanah tinggi melebihi 76m (250 kaki) sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Berisiko Bencana.
(b) Garis panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi.
(c) Garis Panduan Keselamatan Pembangunan Tanah Bukit Pulau Pinang 2012.
PBT juga tidak akan membenarkan pembangunan di kawasan tanah tinggi jika tiada kelulusan / tidak mematuhi syarat daripada Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Tanah Berisiko Negeri Pulau Pinang. Disamping itu, PBT telah mensyaratkan penyediaan Sistem Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) di dalam Pelan Kerja Tanah kepada semua kemajuan iaitu syarat penyediaan kolam pemendapan, pembinaan parit keliling dan ban pengadang bagi memastikan aktiviti yang dijalankan di tapak tidak mengundang kacau ganggu banjir lumpur dan memberi kesan kawasan sekitar.