Jawapan
i) Tanah milik Baitulmal dalam DUN Sungai Dua berjumlah 37 Lot dengan keluasan keseluruhannya 717,068.18 kaki persegi. Manakala tanah wakaf dalam DUN Sungai Dua berjumlah 109 Lot dengan keluasan keseluruhannya 143.9658 ekar.
Senarai tanah milik Baitulmal dan tanah wakaf dalam DUN Sungai Dua seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2.
ii) Bagi tanah baitulmal, tiada perancangan pembangunan oleh MAINPP untuk tanah tersebut disebabkan faktor-faktor berikut:-
a. Tanah baitulmal adalah merupakan tanah yang tidak dipecah bahagi (undivided share).
b. Tanah bahagian baitulmal adalah kecil dan tidak berpotensi untuk tujuan pembangunan.
c. Tanah bahagian baitulmal terdiri daripada tanah pertanian dan tanah kampung. Terdapat bebanan di tapak terutamanya setinggan atau penghuni tapak yang mendapat kebenaran daripada pemilik terdahulu.
Bagi tanah wakaf pula, daripada sejumlah 109 lot tanah, terdapat satu lot tanah wakaf am yang berpotensi untuk dimajukan iaitu Lot 496, Mukim 14, SPU yang berkeluasan 1.934 ekar. Pihak MAINPP telah menjemput cadangan dan pemaju untuk mengemukakan cadangan pembangunan di lot berkenaan. Sebagai makluman, kebanyakan tanah wakaf di DUN Sungai Dua merupakan tanah pertanian (sawah) dan tanah kampung.
Disediakan oleh : Wan Azmir Mohd Abu Bakar (0194127412)
Disemak oleh : Maheswary a/p Malayandy (0124840838)
Diluluskan oleh : Dato Abu Jamal bin Nordin (0149344619)