Jawapan
YB. CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
5. Sungai Dua, Seberang Perai Utara (SPU) merupakan salah satu kawasan yang menghadapi kesesakan lalu lintas yang tinggi. Kesesakan kerap berlaku pada waktu puncak iaitu waktu puncak pagi melibatkan dari arah Jalan Sungai Dua ke Lebuhraya Utara-Selatan manakala kesesakan pada waktu puncak petang adalah dari arah Lebuhraya Utara-Selatan ke Jalan Sungai Dua.
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan terus memantau kitaran lampu isyarat di kawasan berkenaan agar waktu yang diberikan adalah optimum untuk pergerakan lalu lintas yang lancar.
Di dalam waktu yang sama, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah merancang untuk melebarkan jalan dari dua (2) lorong kepada empat (4) lorong di Jalan Sungai Dua ke Kepala Batas dan membina jalan pintas Sungai Dua. Dengan Pelaksanaan dua (2) rancangan ini, adalah dijangka akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Sungai Dua.