MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
06/11/2015 09:30:00 AM
Soalan Apakah tindakan yang akan diambil oleh pbt kerana pada masa sekarang semakin banyak kenderaan diletakkan di atas tempat pejalan kaki tepi jalan?
Dun -
Exco
Perkara -

Jawapan
22. Tindakan yang akan diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi kenderaan yang meletakkan kereta di atas tempat pejalan kaki tepi jalan adalah melalui tindakan mengkompaunnya di bawah Seksyen 46 Akta Jalan Parit & Bangunan atau mengalihkannya. Seksyen 46(1)(g) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (AJPB) memperuntukkan, antara lain, “sesiapa yang meletakkan mana-mana kenderaan di atas mana-mana siar kaki adalah melakukan kesalahan halangan di mana jika disabitkan di Mahkamah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500.00 atau RM1,000.00 untuk sabitan seterusnya”. Selain itu, AJPB juga memberi kuasa kepada PBT untuk mengalihkan atau mengubah halangan tersebut.

Berdasarkan kepada peruntukan AJPB tersebut, tindakan yang diambil adalah seperti berikut:

(i) Memberi amaran lisan untuk mengubah kenderaan;

(ii) Mengeluarkan notis kesalahan;

(iii) Mengeluarkan kompaun kepada pesalah dan sekiranya kompaun gagal dijelaskan, pesalah akan didakwa di Mahkamah;

(iv) Pegawai PBT akan mengalihkan kenderaan berkenaan dan ianya hanya akan dilepaskan sekiranya pemunya kenderaan menjelaskan fee-fee yang telah ditetapkan;

(v) Menjalankan operasi bersepadu bersama jabatan berkaitan.
Kembali