Jawapan
1. Cadangan membina (1) blok hotel dan SOHO yang melibatkan Copthorne Orchid Hotel di Tanjung Bungah (Rujukan MPPP/OSC/PM2277/13(LB)) adalah tidak selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) Bil. 14/2014 dan 15/2014 pada 17 Oktober 2014 dan 20 Oktober 2014 di mana cadangan SOHO oleh pihak pemaju terletak di luar kawasan yang dibenarkan. Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menarik balik permohonan kebenaran merancang bagi projek ini pada 27 Mac 2015.
Setiap permohonan merancang bagi sebarang projek yang akan dibina terutama di pinggir pantai akan dikaji dan diteliti oleh Kerajaan Negeri. Setiap projek perlulah memenuhi semua syarat-syarat teknikal sebelum Kerajaan Negeri memberi kelulusan. Sekiranya terbukti impak negatif terhadap pembangunan projek yang akan dijalankan, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk tidak meluluskan permohonan tersebut.
Ya, Kerajaan Negeri bersedia mendengar dan menerima pandangan rakyat Pulau Pinang ke arah yang lebih baik untuk negeri ini dan seluruh rakyat Pulau Pinang.