Jawapan
JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI
13. Terdapat 59 kes jenayah juvana yang melibatkan pelajar sekolah di Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2014, yang melibatkan 89 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Untuk tahun 2015 pula, iaitu bagi tempoh dari Januari sehingga 25 Oktober 2015, telah ada 88 kes jenayah juvana, yang melibatkan 123 orang lelaki dan 4 orang perempuan.
Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam pencegahan jenayah juvana adalah seperti berikut:
(i) Meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah melalui program Rakan Cop dan AMANITA;
(ii) Mengadakan lebih banyak program pendidikan dan publisiti untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang jenayah juvana serta mendidik mereka ke arah pematuhan undang-undang, dengan menekankan aspek implikasi dan kesan akibat terjebak dalam kancah jenayah;
(iii) Kerjasama dan jaringan pencegahan jenayah dengan NGO-NGO seperti MCPF dan yang seumpamanya; dan
(iv) Meningkatkan program pencegahan jenayah melalui kolaborasi dengan rakan strategik seperti pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai trend jenayah.