Jawapan
Bilangan anjing liar yang ditangkap oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di setiap daerah sejak tahun 2010 sehingga 2015 adalah seperti di Lampiran A.
a) Tindakan yang sedang dan telah diambil oleh MBPP dan MPSP untuk mengurangkan anjing liar berkeliaran adalah seperti berikut:-
i. Mengadakan operasi tangkapan harian ke atas anjing terbiar serta anjing bertuan yang dibiarkan berkeliaran di taman-taman perumahan, pasar-pasar awam dan lain –lain tempat.
ii. Mengeluarkan notis dan kompaun kepada pemilik anjing yang membiarkan anjing mereka berkeliaran di tempat awam tanpa pengawasan.
iii. Merangka Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (MPSP) 2014 bagi mengawal pemilikan anjing serta penguatkuasaan yang lebih berkesan.
iv. Program pemandulan anjing.
v. Bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang dalam operasi kawalan penyakit anjing gila (rabies).
Selain itu, MBPP dan MPSP telah meluluskan Pelan Tindakan Program Sifar Anjing Liar dan Terbiar 2015-2019. Antara program di bawah pelan tersebut adalah seperti berikut:-
i. PENGUATKUASAAN OPERASI PENANGKAPAN ANJING LIAR DAN TERBIAR
Peningkatan kepada aktiviti penangkapan dan pengawalan anjing liar dan terbiar oleh MBPP dengan mewujudkan dua (2) pasukan skuad kawalan anjing liar dan terbiar.
Skuad pertama akan menjalankan operasi penangkapan dan pengawalan anjing liar dan terbiar berdasarkan aduan yang diterima.
Skuad kedua akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan pelesenan anjing serta aktiviti penangkapan anjing di seluruh kawasan pentadbiran MBPP.
ii. MEWUJUDKAN 'ANIMAL SANCTUARY' DAN 'FEEDING KENNELS'
MPSP sedang bekerjasama sepenuhnya dengan NGO untuk mendirikan satu 'Animal Sanctuary' dan 'Feeding Kennels' bagi mengendalikan kawalan populasi anjing liar dan terbiar di Pulau Pinang. Lokasi 'Animal Sanctuary' ini adalah di Taman Metropolitan. 'Feeding Kennels' juga telah dibina di beberapa tempat seperti SPCA, Berapit; MERCY, Perai; Seri Uda, Raja Uda dan Tiger Tally, Kepala Batas. Ini secara langsung dapat mengurangkan pertambahan anjing liar dan terbiar di tempat awam serta dapat mengalakkan orang awam dalam membantu pihak Majlis dalam mengendalikan kawalan anjing liar dan terbiar ini.
iii. 'PET ADOPTION PROGRAM'
'Pet Adoption Program' oleh MBPP bersama dengan NGO-NGO telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang awam bagi mewar-warkan kepentingan mempunyai lessen anjing. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan orang awam menganakangkatkan haiwan.
iv. 'PET PASSPORT'
MBPP bekerjsama sepenuhnya dalam menyebarkan hebahan dan maklumat mengenai program Pet Passport yang dikendalikan oleh pihak JPV Pulau Pinang.
v. JAWATANKUASA KECIL ANJING LIAR DAN TERBIAR
Jawatankuasa Kecil Anjing Liar dan Terbiar telah ditubuhkan oleh MBPP yang terdiri daripada Ahli majlis-ahli majlis dan pegawai-pegawai Jabatan serta turut dianggotai oleh pegawai dari JPV yang sentiasa membantu dan memantau isu anjing liar dan terbiar.
Disediakan oleh: Melissa Nabila Binti Abdul Rahman (0134102453)
Disemak oleh : Oon Lai Kuan (012-4946034)