MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
06/11/2015 09:30:00 AM
Soalan Kenapakah pihak pba menaikkan tariff air dan mengenakan surcharge kepada rakyat negeri pulau pinang?
Dun -
Exco
Perkara -

Jawapan
YB. LIM HOCK SENG
MENJAWAB BAGI PIHAK YAB. KETUA MENTERI

1. Kajian semula tarif air ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai “Negeri Hijau” dan misi PBAPP untuk terus membekalkan air kepada seluruh penduduk Pulau Pinang setiap hari, secara berterusan malah YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng telah berulang kali menekankan bahawa Pulau Pinang harus mengelak daripada mengalami catuan air dengan apa cara sekalipun.

Kajian semula tariff ini adalah merupakan salah satu inisiatif Pengurusan Permintaan Air (Water Demand Management) yang penting bagi Pulau Pinang. Lebih ramai pengguna Pulau Pinang perlu ditanamkan “sikap” jimat air yang akhirnya dapat mengelakkan keperluan catuan air.

Pada tahun 2014, purata penggunaan per kapita domestik Pulau Pinang ialah 293 liter/kapita/hari (l/k/h) dan merupakan kadar tertinggi di negara ini. Purata kebangsaan pada 2013 hanyalah 210 l/k/h, manakala Singapura mencatatkan 152 l/k/h pada tahun yang sama. Oleh itu Pulau Pinang menghadapi risiko catuan air ketika musim kemarau yang berlarutan kerana penggunaan air per kapita domestik yang terlalu tinggi. Oleh itu pengurangan penggunaan air amat diperlukan untuk mengurangkan risiko itu.


Objektif utama “Water Conservation Surcharge” (WCS) atau Surcaj Penjimatan Air adalah untuk menggalakkan pemuliharaan air. Pulau Pinang memerlukan air yang mencukupi untuk semua menjelang tahun 2020. Penggunaan air domestik di Pulau Pinang disubsidi dan disebabkan penggunaan yang tinggi pada tahun 2014, jumlah keseluruhan subsidi mencecah kira-kira RM76 juta. Jumlah subsidi ini tidak mampu lagi ditampung oleh PBAPP kerana infrastruktur bekalan air perlu sentiasa dinaik taraf bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah.
Kembali