Jawapan
YB. JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
6. Terdapat 2,374 unit rumah di empat (4) Rancangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan Bahagian Perumahan iaitu PPR Taman Manggis, PPR Desa Wawasan, PPR Ampang Jajar dan PPR Taman Bagan dimana sebanyak 2,026 unit disewa dan 348 unit kosong. PPR Jalan Sungai yang berada di bawah seliaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang mempunyai 529 unit dan terdapat tiga (3) kekosongan. PPR Ampangan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Seberang Perai mencatatkan kekosongan sebanyak empat (4) unit dari jumlah keseluruhan 250 unit.
Sehingga September 2015, terdapat sebanyak 1,936 pemohon yang masih dalam senarai menunggu penyewaan Projek Perumahan Rakyat. Majoriti pemohon unit PPR dalam senarai menunggu lebih cenderung memilih untuk menyewa unit-unit di bahagian Pulau. Oleh yang demikian, unit PPR terutamanya di Desa Wawasan kurang mendapat sambutan walaupun terdapat banyak unit kosong.
Pecahan jumlah unit, jumlah unit disewa dan jumlah unit kosong mengikut Rancangan Projek Perumahan Rakyat sehingga September 2015 adalah seperti di Lampiran A.