MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KETIGA BELAS
06/11/2015 09:30:00 AM
Soalan Bilakah pusat pendaratan ikan jelutong dapat digunakan sepenuhnya dan setakat mana kerja-kerja menaiktaraf telah dijalankan?
Dun -
Exco
Perkara -

Jawapan
YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

23. Pusat Pendaratan Ikan Jelutong telah selesai dibina dan diserahkan kepada LKIM pada tahun 2008. Namun Unit Nelayan Jelutong enggan berpindah dengan memberi pelbagai alasan termasuk keluasan stor yang kecil dan lokasi yang jauh dari kedudukan asal. Kini Unit Nelayan Jelutong masih menduduki Bangsal Jelutong yang didirikan di atas Tanah Kerajaan.

Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa Unit Nelayan Jelutong perlu berpindah ke Pusat Pendaratan Ikan Jelutong (Kompleks Jeti Jelutong) setelah kerja membaiki dan menaik taraf diselesaikan. Projek menaik taraf ini akan dilaksanakan oleh IJM/ Jelutong Development Sdn Bhd melibatkan pembesaran kompleks sedia ada dan pembinaan stor baru dengan saiz sebagaimana yang dimohon nelayan iaitu 10’ x 10’. Projek tersebut kini telah dikemukakan permohonan Kebenaran Merancang dan Kelulusan Plan Bangunan, setelah Kebenaran Menggunakan Tanah Kerajaan diperolehi. Setelah kelulusan diberikan, projek akan terus bermula dan dijangka akan mengambil tempoh masa 3 bulan untuk siapkan disusuli dengan perpindahan nelayan ke jeti tersebut.
Kembali