Jawapan
Mosquito magnet belum lagi di pasang di mana-mana lokasi kerana terdapat masalah/isu yang melibatkan pembekal tidak dapat diselesaikan. Peruntukan yang dicadangkan tidak dibelanjakan memandangkan pembekal gagal untuk kemuka tawaran yang menepati syarat dan keperluan Kerajaan Negeri.
Antara inisiatif yang telah dibuat bagi pencegahan dan kawalan denggi adalah seperti berikut:
(i)Pengaktifan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Denggi Peringkat Negeri Pulau Pinang. Jawatankuasa ini berperanan dalam menyelaras aktiviti kawalan dan pencegahan denggi bersama agensi lain secara bersepadu dengan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS).
(ii)Usahasama dan perkongsian kepakaran diantara Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri dalam memantau dan menghapuskan hotspot denggi.
(iii)Operasi Tapak Binaan memandangkan Indeks Aedes dan densiti yang tinggi di tapak binaan. Sebanyak 11 operasi telah dijalankan sepanjang Januari hingga September 2015.
(iv) Pengenalan Ops Kilang, Ops Kedai Barang Lusuh, Ops Tanah Kubur dan Ops Tapak Semaian yang merupakan lokasi berpotensi sebagai breeding area.
(v)Pengenalan syarat kelulusan Kebenaran Merancang dan Bangunan yang lebih ketat oleh PBT kepada pemaju bagi memastikan kebertanggungjawapan pemaju menyelia tapak projek.
(vi) Menjalankan gotong-royong perdana pada 25 Januari 2015 (40 lokaliti), 17 Mei 2015 ( 40lokaliti) dan 24 Oktober 2015 (26 lokaliti termasuk tanah lapang)
(vii) Meningkatkan penglibatan komuniti dengan penubuhan pasukan-pasukan baru COMBI dan mengaktifkan pasukan-pasukan COMBI yang lama. Taklimat Kesedaran COMBI telah dilaksanakan di semua daerah di negeri Pulau Pinang melibatkan JKKKN, JKKKP dan KRT.
(viii)MMK Kesihatan telah melancarkan Program Penggredan Kampung yang diterajui COMBI. Program ini bertujuan untuk mengklasifikasikan rumah di dalam sesebuah perkampungan mengikut taraf kebersihan dan bebas dari pembiakan nyamuk.
(a) MMK Kesihatan bercadang untuk menjalankan program perintis selama 6 bulan bagi mengkaji keberkesanan mosquito magnet dalam mengawal populasi nyamuk dan melihat keberkesanannya bagi mengurangkan demam denggi. Namun keengganan pembekal tunggal untuk bersetuju dengan harga tawaran asal beserta menjalankan program perintis selama 6 bulan menyebabkan program ini masih belum dilaksanakan. MMK Kesihatan dalam peringkat kajian dan pertimbangan samada meneruskan program Mosquito Magnet dengan terma kontrak 1 tahun yang dicadangkan oleh pembekal.
(b) Usaha lain yang telahpun diperkenalkan adalah Program Penggredan Kampung. Program ini mula diperkenal oleh JKKK Titi Teras dan telah memenangi Anugerah COMBI Terbaik. Program ini memfokuskan kepada penggredan rumah dan kampung mengikut tahap kebersihan dan bebas jentik-jentik. Kaedah terbaik memerangi denggi adalah dengan menghapuskan kitaran hayat nyamuk dan breeding area. Rumah yang dijumpai jentik-jentik akan dipantau dan diberi nasihat secara berterusan.
Selain itu juga, MMK Kesihatan dalam perancangan memperkenalkan Autocidal Trap sekiranya program Mosquito Magnet tidak diteruskan.
Disediakan oleh : Muhamad Fariz bin