Jawapan
50. Merujuk kepada Perkara 19, Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan Peraturan 6, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, menyatakan Dewan Undangan Negeri hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam (6) bulan. Oleh yang demikian, pelaksanaan mesyuarat DUN Pulau Pinang adalah mematuhi Perlembagaan Negeri serta peraturan yang dinyatakan tersebut.
Tambahan pula, tempoh masa bersidang bagi sidang DUN Negeri Pulau Pinang adalah tidak kurang daripada enam (6) hari bagi satu sidang dan tempoh ini membolehkan jawapan-jawapan kepada soalan DUN dibentangkan dan perbahasan yang melibatkan semua ADUN. Malah sidang DUN Pulau Pinang adalah merupakan persidangan yang paling lama berbanding dengan Dewan Undangan Negeri-Negeri lain. Walaupun DUN hanya bersidang dua kali setahun pada ketika ini tetapi ianya didapati mencukupi bagi membolehkan kesemua ADUN untuk mengambil bahagian dalam perbahasan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia menambah sesi sidang DUN sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian. Namun begitu, tempoh persidangan bagi DUN Pulau Pinang adalah lebih panjang sekiranya dibandingkan dengan sidang DUN di negeri-negeri lain.