Jawapan
SARS telah menyebabkan ‘ketidakpastian’ (uncertainties) di kalangan komuniti perniagaan dan juga pengguna. Kesan yang agak ketara ialah kemelesetan di sektor pelancongan antarabangsa disebabkan kegiatan sosial, rekreasi dan perniagaan yang tergendala disebabkan perasaan bimbang terhadap SARS. Perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan seperti penerbangan, pengangkutan darat, penghotelan, restoran dan tempat-tempat tarikan pelancong telah mengalami kemelesetan. Selain daripada itu, perniagaan borong dan runcit juga turut terjejas terutamanya di tempat-tempat membeli belah dan di restoran. Ini adalah disebabkan perasaan bimbang di kalangan pengguna.Walau bagaimanapun, wabak penyakit SARS tidak mendatangkan kesan langsung ke atas sektor perindustrian di Pulau Pinang. Aktiviti import dan eksport barangan berjalan lancar tanpa halangan. Sedikit halangan yang mungkin timbul dalam jangka pendek ialah terdapat jadual perjalanan eksekutif atasan syarikat ke negara yang dilanda SARS yang telah ditangguhkan atau dibatalkan.Secara umum, keadaan wabak penyakit SARS di Negeri Pulau Pinang adalah terkawal. Semua kes kebarangkalian SARS yang dilaporkan didapati mendapat jangkitan dari luar negara iaitu masing-masing disyaki mendapat jangkitan semasa melawat Beijing, Singapura dan Hong Kong. Sehingga 7 Mei 2003 terdapat 3 kes kebarangkalian dan satu kes disyaki. Kes kebarangkalian SARS yang pertama telah meninggal dunia pada 22 April 2003.