Jawapan
a). Berdasarkan kedudukan pada 1 Mei, 2003, jumlah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai yang telah disewakan adalah seperti berikut :
Jenis Bil. Telah Baki
disewakan
i.Unit 504 495 9
ii.Bilik75 45 30
Baki unit yang kosong dikhaskan untuk penempatan setinggan-setinggan yang terlibat dengan pembangunan projek Kerajaan. Manakala baki bilik pula adalah untuk penghuni-penghuni PAKS.
Projek `Turnkey’ Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan Patani mengandungi 360 unit rumah kos sederhana rendah dan 721 unit rumah kos sederhana. Unit rumah kos sederhana rendah adalah dikhaskan kepada kakitangan MPPP sahaja dan kesemuanya telahpun habis dijual. Manakala unit rumah kos sederhana adalah dikhaskan kepada kakitangan MPPP, penghuni-penghuni PAKS, kakitangan kerajaan dan mereka yang terlibat dengan pembangunan projek-projek MPPP dan kerajaan. Setakat ini, sebanyak 613 unit rumah kos sederhana telah pun dijual.
b). Pendaftaran untuk menyewa rumah PPR bukanlah sebagaimana pendaftaran terbuka permohonan rumah kos rendah di mana pemohon-pemohon yang belum ditawarkan rumah akan dimasukkan dalam senarai menunggu. Bagi rumah PPR Jalan Sungai, pendaftaran hanya dibuka sekali sahaja dalam tempoh yang ditetapkan. Sebahagian besar pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan telah pun ditawarkan rumah. Manakala yang tidak terpilih kemungkinan tidak layak atau atas sebab-sebab tertentu dianggap tidak berjaya. Oleh yang demikian, soal masih ramai pemohon menunggu rumah PPR Jalan Sungai tidak timbul. Walau bagaimanapun, pemohon-pemohon yang tidak berjaya mendapat rumah PPR Jalan Sungai boleh membuat permohonan rumah PPR di Jalan Zainal Abidin/Lorong Selamat apabila projek tersebut siap kelak.
(NOTA : Disahkan seperti pindaan - Dato' Abdul Rashid Abdullah 10/5/03)