Jawapan
1. Pada tahun 2000, banci penduduk yang telah dijalankan di seluruh negara merekodkan jumlah penduduk Negeri Pulau Pinang seramai 1,313.4 ribu orang. Unjuran berdasarkan bancian tahun 2000 menganggarkan pertambahan penduduk Negeri Pulau Pinang kepada 1,390.3 ribu orang pada tahun 2002.
2. Sebenarnya, bilangan penduduk atau populasi Negeri Pulau Pinang telah bertumbuh dari 775,400 mengikut banci tahun 1970 dan kepada 900,772 mengikut banci tahun 1980 dan 1,064,166 semasa banci tahun 1991. Kadar pertumbuhan ialah 1.49 peratus untuk tempoh tahun 70-an, 1.52 peratus untuk tahun 80-an dan 1.57 peratus untuk tahun 90-an.
3. Corak pertumbuhan populasi bagi kawasan-kawasan yang berlainan agak jauh berbeza. Pada amnya, bilangan penduduk dalam bandaraya George Town telah kian berkurangan, iaitu dari hampir 269,247 pada tahun 1970 ke 238,250 pada tahun 1980, 212,540 pada tahun 1991 dan lebih kurang 181,380 pada tahun 2000 yang menunjukkan penurunan sebanyak 32.81 peratus dalam tempoh 30 tahun.
4. Di sebaliknya, kawasan-kawasan di sekeliling George Town, iaitu Paya Terubong, Bayan Baru dan Bayan Lepas bersama-sama menunjukkan peningkatan yang pesat, iaitu dari 94,000 pada thaun 1970 ke hampir 290,000 pada tahun 2000, menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kali ganda.
5. Bilangan populasi di beberapa kawasan di Seberang Perai juga telah pesat meningkat. Misalnya, mukim 14 dan mukim 15 Seberang Perai Utara yang merangkumi bandar Butterworth, Bagan Lallang dan Mak Mandin telah mengalami peningkatan populasi dari hanya 15,000 pada tahun 1970 ke 88,000 pada tahun 1980, 92,000 pada tahun 1991 dan 84,000 pada tahun 2000, yang merupakan peningkatan sebanyak lima setengah kali ganda.
6. Bagi kawasan Perai, Seberang Jaya, Sungai Rambai, Bukit Tengah dan Bukit Minyak yang meliputi enam mukim, populasi telah meningkat dari 70,000 ke 152,000, iaitu peningkatan dua kali ganda.
7. Gambaran daripada angka-angka banci tersebut menunjukkan satu tren penghijrahan keluar dari bandaraya George Town ke kawasan-kawasan perumahan, perindustrian dan perdagangan di sekelilingnya di bahagian pulau dan juga ke Seberang Perai. Fenomena ini adalah sama dengan apa yang berlaku di kebanyakan bandar-bandar yang lain di dunia ini, di mana telah berlakunya proses “suburban spread,†iaitu pembangunan kawasan-kawasan di sekeliling bandaraya yang jauh lebih cepat daripada pembangunan dalam bandaraya.
8. Fenomena ini diakibatkan oleh beberapa faktor seperti berikut:-
(a) Pembangunan pusat bandar seringnya lebih mirip kepada pembangunan komersial, di mana kegiatan-kegiatan komersial mengambil alih bangunan-bangunan kediaman. Ini adalah kerana kegunaan komersial mendatangkan pulangan yang lumayan, sama ada dari segi pendapatan dari kegiatan-kegiatan komersial secara langsung ataupun sewa yang dapat diperolehi. Oleh itu pemilik atau penghuni rela menyewakan atau menjual premisnya dan berpindah kediaman mereka ke kawasan perumahan di luar bandaraya di mana sewa atau bayaran ansuran pembelian adalah jauh lebih rendah. Ini merupakan arus ekonomi atau “economic forces.â€
(b) Pada amnya, ruang kediaman dalam bandaraya George Town, khasnya dalam bangunan-bangunan yang lama adalah terhad dan sempit. Hasil daripada pembangunan ekonomi, para penduduk mempunyai pendapatan dan kuasa pembelian yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka suka dan mampu membeli perumahan yang lebih selesa di kawasan “surburban,†khasnya untuk orang muda yang ingin mendirikan keluarga mereka. Oleh itu, ramai berpindah ke kawasan-kawasan perumahan baru di Paya Terubong, Bayan Baru, Relau, Sungai Ara dan sebagainya.
(c) Hasil daripada pertumbuhan kawasan perindustrian, khasnya di Bayan Lepas dan di Perai, Seberang Jaya, Bukit Tengah dan Bukit Minyak, ramai orang yang mendapatkan pekerjaan dalam sektor perindustrian telah berpindah ke kawasan perumahan yang dibangunkan berdekatan kawasan-kawasan perindustrian supaya menjimatkan masa pergi balik kerja.
(d) Sebahagian besar rumah lama di kawasan bandaraya George Town dulunya terletak di bawah Akta Kawalan Sewa. Oleh kerana sewa amatlah rendah, para pemilik atau penyewa tidak bersedia membelanjakan wang sendiri untuk memperbaiki rumah lama ini. Rumah-rumah ini menjadi semakin usang dan dianggap tidak sesuai untuk diduduki. Oleh itu, mereka yang mampu membeli rumah sendiri di luar kawasan bandar telah berpindah keluar. Di sebaliknya, pemansuhan Akta Kawalan Sewa baru-baru ini pula mengakibatkan peningkatan sewa yang memberi tekanan kepada mereka yang masih bermastautin untuk berpindah keluar.
Kerajaan Negeri memang penuh sedar dan memahami faktor-faktor tersebut yang menyebabkan fenomena dan trend pengurangan penduduk di bandaraya George Town. Kerajaan Negeri memang tidak berhasrat supaya kawasan bandaraya George Town ini terus mundur dan merosot.
Oleh itu, satu strategi serampang beberapa mata telah dirancang dan sedang dilaksanakan walaupun ianya dijangka akan mengambil masa beberapa tahun sebelum kesan yang lebih nyata dapat dilihat dan dinikmati.
Yang pertama ialah satu tren kembali atau “reverse trend†yang dijangka akan berlaku dengan semulajadi, seperti yang ternampak di banyak bandaraya di seluruh dunia. Trend kembali ini berlaku apabila harga dan sewa hartanah menurun ke satu tahap di mana ianya menjadi berdaya saing dan berdaya maju lagi untuk dibeli, dipulihara atau dibangun semula supaya digunakan sebagai kediaman atau kedai. Tren ini boleh digalakkan melalui garispanduan-garispanduan perancangan dan insentif-insentif yang memudahkan kerja-kerja pemuliharaan atau pembangunan semula dan pengubahan kegunaan.
Yang kedua ialah melalui usaha pembaharuan bandar atau “urban renewal,†seperti projek KOMTAR dan projek Gat Lebuh Macallum atas tanah kerajaan atau tanah yang diambil alih oleh kerajaan untuk tujuan komersial dan kediaman. Akan tetapi, pendekatan ini memang akan menelan kos yang tinggi yang mungkin tidak dapat ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya pada masa hadapan. Sektor swasta mestilah digalakkan untuk menyertai program seumpama ini.
Yang ketiga ialah melalui stragegi pemuliharaan bangunan-bangunan warisan untuk dipromosikan sebagai kawasan pelancongan dan komersial, di samping mengwujudkan ruang-ruang tambahan sebagai kediaman. Usaha ini telah disokong oleh banyak projek pemuliharaan dan menaiktaraf kemudahan awam melalui peruntukan kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan. Misalnya, projek memulihara Kota Cornwallis, Masjid Kapitan Keling, Masjid Lebuh Acheh, Rumah Syed Alatas, pentas Khoo Kongsi dan projek-projek menaiktaraf Lebuh Campbell, Lebuh Acheh dan Lebuh Armenian, Little India, Lebuh Pantai serta pembangunan tanah-tanah wakaf di bawah Majlis Agama Islam. Sasaran kerajaan ialah untuk mencalonkan kawasan ini dalam Senarai Warisan Sedunia UNESCO yang dijangka akan menjanakan sektor pelancongan.
Yang keempat ialah melalui projek pembangunan semula dan pembesaran pengkalan Swettenham dijadikan “international cruise centre†dan Jeti Lebuh Gereja sebagai marina untuk memberangsangkan ketibaan pelancong asing ke kawasan George Town.
Yang kelima ialah cadangan untuk meningkatkan kepada sistem pengangkutan bersepadu yang melibatkan perkhidmatan bas awam dan “light monorail†pada masa hadapan. Beberapa pusat "transportation hub" atau "park and ride" sedang dikenalpasti untuk tujuan ini. Ini akan memudahkan pengangkutan penduduk dan pelawat masuk keluar kawasan ini yang dijangka akan dapat memberangsangkan pembangunan di kawasan bandaraya George Town.