MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) turut melanda negara ini. Sila nyatakan: (a) berapa ramai yang terkena jangkitan ini di Pulau Pinang mengikut kaum, jantina dan daerah. (b) apakah langkah lain yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membendung SARS agar tidak menular ke seluruh tempat. (c) kenapa kerajaan negeri tidak membuat sebarang pengumuman mengenai SARS walaupun sudah ada yang terkena atau disyaki terkena jangkitan penyakit ini. (d) apakah pendirian kerajaan negeri apabila timbul sesuatu wabak atau penyakit berjangkit di Pulau Pinang. (e) apakah persediaan dan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menghadapi gejala penyakit berjangkit pada masa akan datang memandangkan Pulau Pinang sering terdedah kepada pelbagai penyakit seperti Japanese Encephalitis (JE) dan taun sebelum ini.
Dun -
Exco KR
Perkara Kesihatan

Jawapan
a) Setakat 5 Mei 2003, terdapat sejumlah 3 kes kebarangkalian Sindrom Penafasan Akut Yang Teruk (SARS) (probable SARS) dan 1 kes disyaki SARS (suspect SARS) yang telah dirawat di Hospital Pulau Pinang. Terdapat satu kes kebarangkalian SARS yang telah meninggal dunia semasa dalam rawatan.

Daripada 3 kes kebarangkalian SARS yang dirawat di Hospital Pulau Pinang, 2 orang berbangsa China dan seorang berbangsa Melayu yang mana 1 kes berasal dari Kuala Lumpur dan 2 kes berasal dari negeri Pulau Pinang, iaitu kedua-duanya dari Daerah Timur Laut.

Bagi kes yang disyaki SARS, 1 kes dari Pulau Pinang, seorang perempuan Cina dari Daerah Timur Laut.

b) Kerajaan telah menetapkan bahawa pengumuman mengenai SARS yang di kesan hanya boleh dilakukan oleh Y.B. Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sahaja. Langkah ini bertujuan untuk memastikan terdapat penyelarasan dan mengelakkan daripada timbulnya kekeliruan dan salah faham berkaitan dengan perangkaan yang dilaporkan.

c) Sepanjang tempoh wabak tersebut, setiap hari sidang akhbar dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mengumumkan tentang perkembangan wabak SARS dan bilangan kes yang dikesan di seluruh negara, dan tidak timbul isu atau masalah untuk menyembunyikan fakta-fakta tertentu daripada pengetahuan orang ramai. Ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan masyarakat umum menjadi perhatian utama, dan segala langkah diambil bagi memastikan sebarang wabak penyakit yang terjadi dapat dikawal secepat mungkin.

d) Kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa memantau kejadian penyakit dan berbagai penyakit berjangkit di negeri ini. Dan tindakan segera sentiasa diambil jika berlaku sebarang peningkatan kejadian penyakit tertentu. Dan ini terbukti dari beberapa pengalaman yang lalu, dimana kejadian penyakit-penyakit berjangkit tertentu seperti malaria, denggi, cholera telah dapat dikawal dalam tempoh yang pendek.


Langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang telah dilaksanakan adalah melalui 5 pendekatan utama yang telah diambil dalam usaha mengawal wabak penyakit SARS di Pulau Pinang seperti berikut :

1. Saringan dan Pengesanan Kes (screening and case detection)

Langkah ini penting untuk mengesan kes-kes yang disyaki SARS dan kes-kes kebarangkalian SARS di negeri ini. Dengan pengesanan kes-kes ini yang merupakan potential source of infection diharapkan kita dapat mengurangkan risiko jangkitan dan risiko penyebaran penyakit ini di dalam masyarakat. Aktiviti saringan dan pengesanan ini dilakukan di semua klinik-klinik dan hospital kerajaan dan juga dilakukan oleh klinik dan hospital swasta.

Selain itu aktiviti saringan dan pengesanan kes juga dilakukan di pintu masuk ke Pulau Pinang, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan di Pelabuhan Pulau Pinang. Semua penumpang yang datang melalui penerbangan antarabangsa mesti melakukan pengistiharan status kesihatan mereka dengan mengisi Health Declaration Card dan kemudian mereka akan diperiksa suhu badan oleh petugas kesihatan.

Mereka yang disyaki sebagai menderita SARS akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

2. Rawatan/pengasingan kes (prompt treatment and case isolation)

Semua kes yang disyaki SARS dan kes kebarangkalian SARS akan dirujuk untuk rawatan di Hospital Pulau Pinang. Pesakit akan dirawat secara berasingan di dalam wad khas yang telah dikenalpasti, dengan menggunakan kaedah strict barrier nursing technique. Semua peralatan khas yang diperlukan dan pasukan perubatan yang terlibat telah dikenal pasti dan mereka bekerja mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pendekatan yang diambil adalah untuk memastikan risiko jangkitan dapat dikurangkan kepada tahap yang paling kecil.

3. Pengawasan dan pengurusan kontek (Surveillance and contact management)

Bilik gerakan SARS negeri telah mulai dibuka di Jabatan Kesihatan Negeri mulai pada 20 Mac 2003. Semua kes yang disyaki SARS / kes barangkalian SARS yang dikenalpasti perlu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri. Semua kes ini akan disiasat bagi mengenalpasti sumber jangkitan dan bagi mengenalpasti risiko jangkitan kepada orang lain, dan seterusnya tindakan kawalan dan pencegahan dapat diambil.

Sebagai usaha pencegahan dan kawalan, semua close contact kepada kes kebarangkalian SARS akan dikenakan arahan kuarantine di rumah selama 10 hari, manakala bagi kes-kes yang disyaki SARS kontek mereka diletakkan di bawah pengawasan selama 10 hari.

Bagi mereka yang berada di bawah arahan kuarantin di rumah dan yang di bawah pengawasan, jika mereka menunjukkan tanda-tanda penyakit SARS mereka akan segera dirujuk ke Hospital Pulau Pinang. Tindakan ini penting untuk memutuskan rangkaian jangkitan penyakit SARS kepada orang awam.

4. Kawalan infeksi di hospital/klinik (Infection control in health facilities)

Semua hospital dan klinik-klinik kesihatan mengambil langkah-langkah kawalan berpandukan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan tiada jangkitan kepada anggota kesihatan dan kepada orang awam. Arahan penggunaan topeng muka, sarung tangan dan pakaian khas adalah antara usaha bagi mengawal jangkitan SARS.

Penetapan Hospital Pulau Pinang sebagai satu pusat rawatan SARS, dan penyediaan wad isolasi yang khas di hospital ini juga merupakan pendekatan terhadap usaha mengurangkan risiko jangkitan. Antara langkah yang diambil bagi mengurangkan risiko jangkitan di kemudahan kesihatan adalah:

-Penerangan khas kepada semua petugas kesihatan mengenai berbagai aspek penyakit SARS.
-Kepentingan mengamalkan langkah pencegahan universal (universal precaution practices)
-Mengamalkan Standard Operation Procedure (SOP) bagi kawalan infection, yang antara lain meliputi:
o Penggunaan PPE (personal protection equipment)
o Penggunaan pakaian khas bagi melaksanakan prosedur tertentu
o Tempat pemeriksaan khas bagi kes SARS, pengujudan triage area, dan bilik khas.
o Pasukan perubatan khas
o Tatacara penggunaan peralatan
o Kemudahan peralatan yang khas seperti kemudahan X-ray, kemudahan makmal
o Ambulan yang khas untuk pengangkutan kes SARS
o Tatacara pembersihan di dalam wad dan kawasan pemeriksaan kes SARS

5. Langkah-langkah pencegahan umum (General preventive measures)

Beberapa tindakan pelajaran kesihatan, memaklumkan kepada orang awam, agensi kerajaan dan bukan kerajaan mengenai penyakit SARS. Penekanan diberikan kepada usaha meningkatkan amalan kebersihan disemua peringkat, khususnya amalan kebersihan diri (Personal hygiene practices), amalan membasuh tangan (hand washing) sebagai usaha untuk mencegah jangkitan penyakit ini.

Nasihat juga diberikan supaya menangguhkan perjalanan ke luar negeri, khususnya ke negara-negara yang disenaraikan oleh WHO sebagai ¡¥affected countries¡¦ (China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Kanada, Singapura).

Bahan-bahan bacaan mengenai SARS yang disediakan dalam pelbagai bahasa juga disebarkan kepada masyarakat umum, antaranya:

-Health alert card
-Travel advisory on SARS
-Advisory to doctors on SARS
-Severe acute respiratory syndrome
-Poster on SARS
-Streamers on SARS
-Banners on SARS

Melalui pelbagai usaha yang dilakukan ini, diharapkan wabak SARS di Negeri Pulau Pinang dapat dikawal dan dicegah dari terus merebak.










Kembali