MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Bolehkah Y.A.B Ketua Menteri memberitahu keputusan muktamat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk mengubahsuai atau membangunkan semula pasar Chowrasta dan Lebuh Campbell. Berapa banyakkah peruntukan untuk kedua-dua projek ini. Bila pembinaan tersebut akan dimulakan dan bilakah dijangka siap.
Dun -
Exco THN
Perkara -

Jawapan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah meluluskan cadangan projek pemuliharaan dan pembangunan semula Pasar Lebuh Campbell dengan anggaran sebanyak RM15 juta. Arkitek perunding telah pun dilantik pada 13.9.2002 untuk menyediakan pelan dan dokumen tender. Masa kini, arkitek perunding sedang dalam proses menyiapkan lukisan-lukisan reka bentuk akhir untuk kelulusan MPPP. Tempoh pelaksanaan projek ini dijangka mengambil masa selama 24 bulan. Komponen projek merangkumi:

(i) Kerja membaikpulih bangunan pasar sedia ada yang bersejarah dan
memajukannya sebagai Pusat Seni Kraftangan;

(ii) Membina bangunan tempat letak kereta 5 tingkat yang baru di
bahagian belakang pasar sedia ada, dan

(iii) Mengekalkan makam sedia ada di sebelah bangunan pasar itu.

Cadangan membaikpulih bangunan Pasar Chowrasta pula memerlukan kajian teliti kerana pasar ini adalah bangunan lama dan telah terdapat beberapa renovasi dilakukan ke atas bangunan ini. MPPP telah memperuntukkan RM3 juta bagi kerja-kerja renovasi ini.

Memandangkan kedua-dua bangunan pasar ini terletak di kawasan warisan,apa-apa cadangan ke atas bangunan ini akan memerlukan kajian yang terperinci. MPPP perlu juga mengadakan banyak perbincangan kerana cadangan pembangunan akan melibatkan pengguna-pengguna pasar dan peniaga-peniaga yang sedia ada.







Kembali