Jawapan
Seorang Ahli Majlis diberi elaun tetap RM600.00 sebulan dan elaun mesyuarat RM50.00 sekali mesyuarat dengan had maksimum jumlah elaun tidak melebihi RM1000.00 sebulan. Tuntutan sewa hotel/lojing, elaun makan dan elaun perjalanan semasa menjalankan tugas rasmi dan rawatan perubatan adalah mengikut kelayakan pegawai kerajaan Gred 2 atau M48, Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Kemudahan-kemudahan lain yang diberi ialah kemudahan meletak kereta di ruang-ruang letak kereta yang diselenggara oleh pihak penguasa tempatan, subsidi tidak melebihi RM150.00 bagi pembelian sebuah beg bimbit untuk perlantikan pertama dengan maksimum 3 tahun dan sepasang kot dan seluar untuk perlantikan pertama dengan maksimum 3 tahun. Ahli Majlis MPSP dan ahli keluarga juga diberi pas masuk percuma ke Kolam Renang Awam Seberang Jaya.