MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Projek pelancongan di Pulau Jerejak, sila nyatakan butir projek dengan kosnya dan peruntukan prasarana seperti bekalan air dan elektrik. Siapakah pihak yang bertanggung jawab atas kos prasarana ini dan pada masa kini apakah kos yang dibelanja untuk keseluruhan projek ini dengan butir-butir utama.
Dun -
Exco KPC
Perkara Pelancongan

Jawapan
Projek pelancongan di Pulau Jerejak menyediakan kemudahan seperti chalet yang diliputi dibawah pembangunan Fasa 1 (Zon 4 : Kembara dan Jeti). Antara komponen pembangunan utama dalam Fasa 1 termasuklah pembinaan bangunan utama, dua blok dormitori (200 katil), 13 unit chalet, tapak perkhemahan, jeti dan terminal berlepas.

Peruntukan bagi prasarana bekalan air dan elektrik untuk projek pembangunan pusat pelancongan di Pulau Jerejak adalah dibawah tanggungjawab Tropical Island Resort Sdn. Bhd. (TIRSB). Anggaran kos yang akan dibelanja oleh TIRSB untuk pembangunan projek di Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 bagi prasarana bekalan air adalah sebanyak RM2,850,000 dan bekalan elektrik adalah sebanyak RM4,500,000.

Kos perbelanjaan untuk keseluruhan projek ini adalah dianggarkan lebih kurang RM220 juta dengan pecahan seperti berikut:-

Bil. Perkara Anggaran Kos
(RM)

1. Fasa 1 (Zon 4 : Kembara
dan Jeti ) 37,625,000

2. Fasa 2 (Zon 1 : Rekreasi/ 107,000,000
Komersil dan Zon 2 :
Vista Point)

3. Fasa 3 (Zon 3 : Resort
Eksklusif) 75,000,000

Jumlah 219,625,000
















Kembali