Jawapan
(a) Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Pulau Pinang (MPEN-PP)telah di ambil alih oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Pulau Pinang (MTEN-PP) yang ditubuhkan pada Mac 1998 untuk menangani kesan-kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara kita sejak penghujung 1997, mengikut struktur di peringkat persekutuan.
(b) Selepas MTEN-PP bermesyuarat beberapa kali pada 1998, didapati bahawa adalah lebih berkesan untuk isu-isu dibincang dan ditangani melalui jawatankuasa-jawatankuasa perundingan berdasarkan sektor-sektor ekonomi yang utama secara lebih berfokus dan bukan sekaligus dalam satu majlis yang besar yang dihadiri oleh wakil-wakil dari semua sektor. Jawatankuasa-jawatankuasa yang selanjutnya ditubuhkan mengikut sektor-sektor utama adalah untuk perindustrian, K-ICT(knowledge-ICT), perdagangan, pelancongan, sumber tenaga manusia, pembangunan usahawan, pendidikan, industrian pembinaan, pertanian dan industri asas tani dan sebagainya.
(c) Jawatankuasa-jawatankuasa perundingan ini pula dibahagikan kepada beberapa pasukan petugas. Misalnya di bawah Majlis K-ICT ditubuhkan 5 jawatankuasa bertindak, iaitu, untuk rangkaian perhubungan, e-Ekonomi, pembangunan pekerja berilmu, kesaksamaan digital dan urus tadbir baik elektronik. Jawatankuasa Perindustrian Negeri pula beralih menjadi Jawatankuasa Daya Saing Pulau Pinang atau “PECO†(Penang Competitiveness Council) dengan adanya pula beberapa pasukan petugas untuk bidang-bidang seperti software, automation, electronic manufacturing services dan I.C. design.
(d) Jawatankuasa-jawatankuasa dan pasukan-pasukan petugas tersebut kerap bermesyuarat dan berunding, kadang-kala secara tidak formal dalam sesi perbincangan yang kecil atau melalui e-mail.
(e) Banyak idea dan strategi telah dapat dibuahkan melalui sesi-sesi mesyuarat dan perundingan ini untuk menangiani cabaran-cabaran yang dihadapi serta meneroki dan menjanakan pertumbuhan ekonomi. Sebahagian daripadanya telah dilaksanakan dan didapati berhasil untuk memberangsangkan pertumbuhan sektor-sektor yang berkenaan.
Maklumat Tambahan: Tiada
TSUK T/P : TSUK(P) Dato Mohamedsha bin Mislam
EXCO : YAB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
KJAB-1 : TP(UPEN) Hj Mohamad Yazi bin Md Zin
SAB/18/5/03/5.10pm