MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Berapa tempoh masa yang diambil dan berapa kos yang dikenakan untuk mendapatkan tanda halal. Mengapa masih terdapat hotel-hotel yang bertaraf 3 dan 4 bintang yang tidak menggunakan tanda halal di restoran-restorannya.
Dun -
Exco TKM
Perkara Hal Ehwal Agama Islam

Jawapan
1. Mengikut Piagam Pelanggan masa yang ditetapkan untuk memproses permohonan Sijil Halal ialah selama lima (5) minggu. Bayaran bagi Sijil Halal adalah seperti berikut:-

i) Daerah Timur Laut - RM290.00
ii) Daerah Barat Daya - RM310.00
iii) Daerah Butterworth - RM330.00
iv) Daerah Bukit Mertajam - RM314.00
v) Daerah Nibong Tebal - RM346.00

Mengikut Peruntukan Undang-Undang sediada, restoran di hotel-hotel tidak diwajibkan mendapatkan Sijil Halal. Oleh kerana itu terpulanglah kepada pihak pengurusan hotel berkenaan samada ingin membuat permohonan Sijil Halal. Pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mendapati sejak kebelakangan ini permohonan Sijil Halal daripada hotel-hotel adalah menggalakkan dan MAIPP juga telah mengadakan satu taklimat mengenai prosedur permohonan Sijil Halal kepada pihak pengurusan 20 buah hotel di Pulau Pinang pada 9 April 2003 bertempat di Hotel City Bayview sehingga hari ini sebanyak 23 buah hotel di Pulau Pinang telahpun mendapat pengesahan Sijil Halal seperti berikut:
1) Hotel Shangri-La, Pulau Pinang
2) Hotel Grand Continental, Pulau Pinang
3) Safira Country Club Hotel, S.J.
Recreation Centre Berhad.
4) Restoran Marco Polo, Bayview Beach
Resort, Pulau Pinang
5) Hotel Sheraton, Pulau Pinang
6) Tanjung Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang
7) The City Bayview Hotel, Pulau Pinang
8) Hotel Paradise Sandy Bay, MBF Hotel (M)
Sdn. Bhd., P. Pg.
9) Hotel Sunway, Seberang Jaya
10) Hotel Sunway Georgetown, Pulau Pinang
11) Cititel Penang (Cahaya Utara Sdn. Bhd.)
12) Crown Prince Hotel, Tanjung Bungah
13) Copthorne Orchid Hotel Penang Sdn. Bhd.,
Pulau Pinang
14) Sri Hartamas Hotel Sdn. Bhd.(Paradise
Beachcomber Hotel)
15) Berjaya Georgetown Hotel, One Stop
Midland Park, Pulau Pinang
16) Feringghi Beach Hotel, Pulau Pinang
17) Park Royal Hotel, Batu Feringghi,
Pulau Pinang
18) Hotel Equatorial, Bukit Jambul,
Pulau Pinang
19) Crown Prince Hotel, Tanjung Bunga,
Pulau Pinang
20) Hotel Mutiara, Teluk Bahang
21) Naza Hotel, Tanjung Tokong
22) Hotel Vistana, Bukit Jambul
23) Hotel Casuarina, Batu Feringghi










Kembali