MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Bertam (Y.B. Encik Hilmi bin Abdul Rashid) bertanya kepada Ketua Menteri: 52. Kenapakah pihak kerajaan negeri tidak mengambil tindakan untuk menutup ladang-kadang khinzir di kawasan Kampung Selamat?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Pertanian/Penternakan/Perikanan

Jawapan

Ketua Menteri:

52. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan negeri telahpun dan sedang melaksanakan berbagai tindakan sama ada dari aspek penyesuaian dasar mahupun penguatkuasaan undang-undang di dalam usaha mengatasi masalah ternakan khinzir di Negeri Pulau Pinang khususnya di Kampung Selamat, Seberang Perai Utara. Beberapa siri ceramah penerangan dan dialog melibatkan jabatan/agensi kerajaan dan para penternak, pelaksanaan kajian serta lawatan mengenal pasti teknik penternakan yang sesuai juga telah dilaksanakan.

Penubuhan one stop agency yang dianggotai oleh jabatan/agensi kerajaan antaranya menggerakkan usaha supaya para penternak khinzir menukar kegiatan ekonomi mereka kepada aktiviti lain. Sehubungan itu, bantuan-bantuan tertentu memudahkan proses tukar syarat kegunaan tanah disalurkan kepada penternak untuk maksud tersebut. Sambutan para penternak tidak begitu menggalakkan, namun usaha-usaha diteruskan mengenal pasti isu dan masalah para penternak seperti keperluan modal, kemahiran dan penyediaan infrastruktur tertentu membantu para penternak menjalankan kegiatan ekonomi alternatif. Suatu skim insentif sedang dirumuskan oleh kerajaan.

Cadangan seperti yang dikemukakan di peringkat kerajaan persekutuan untuk memusatkan aktiviti penternakan khinzir di tempat yang bersesuaian juga dipertimbangkan.

Kembali