MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Pengkalan Kota (Y.B. Encik Lee Hack Teik) bertanya kepada Ketua Menteri: 73. Sila nyatakan sama ada Negeri Pulau Pinang mempunyai tapak-tapak rekreasi seperti padang bola sepak, taman-taman, pusat sukan, gelanggang bola yang secukupnya untuk memberi galakan kepada warga tua, orang-orang cacat, kurang upaya dan belia-belia supaya menggunakan tapak-tapak ini untuk aktiviti-aktiviti yang sihat?
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan

YB. Dr. Teng Hock Nan :

73. Pada ketika ini Majlis Perbandaran Pulau Pinang mempunyai 9 (sembilan) padang bola sepak, 7 (tujuh) gelanggang serbaguna dan 11 (sebelas) lorong reflexologi untuk kegiatan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah, di Seberang Perai pula terdapat 8 tapak rekreasi di Seberang Perai Utara, 8 tapak di Seberang Perai Tengah dan 6 tapak di Seberang Perai Selatan. Untuk makluman, kemudahan-kemudahan ini terbuka kepada semua golongan masyarakat termasuk warga tua, orang-orang kurang upaya dan orang cacat. Kemudahan-kemudahan yang ada memang tidak mencukupi dan kedua-dua Majlis Perbandaran sedang dan akan mengambil tindakan untuk menambah tapak-tapak rekreasi ini di samping memperbaiki dan menambah kemudahan rekreasi yang sedia ada. Selain dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang, pemaju-pemaju perumahan swasta juga bertanggungjawab menyediakan tapak rekreasi di projek mereka.

Kembali