Jawapan
YB. Dato' Haji Azhar bin Ibrahim :
9. Pihak Jabatan Pertanian melalui institusi kelompok tani yang diwujudkan ada menasihati dan menggalakkan ahli-ahli dalam kelompok menjual hasil mereka kepada pihak kilang Bernas di Paya Keladi. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, Bernas telahpun diswastakan sejak tahun 1999 dan dikenali sebagai Padi Beras Nasional Sdn. Bhd. Keputusan akhir untuk jualan adalah terletak kepada petani untuk membuat pilihan dengan mengambil kira harga yang ditawarkan, jumlah potongan wap basah dan kotor, serta perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh pihak kilang.