Jawapan
YB. Dr. Teng Hock Nan :
6. (a) Majlis Perbandaran Seberang Perai telah, sedang dan akan menaik taraf kawasan Taman Tunku dan Taman Jepun, Seberang Jaya dari semasa ke semasa. Setiap tahun Majlis Perbandaran Seberang Perai akan menjalankan beberapa projek pengindahan di kawasan tersebut.
(b) Laluan tersebut telah cukup lebar untuk laluan jogging dan akan di pasang arah jalan sehala.
(c) Sungai yang mengalir dalam Taman Tunku ialah Sungai Pertama. Kerja-kerja pengindahan hanya boleh dipertimbangkan setelah kerja meningkat taraf sungai siap dijalankan oleh JPS di bawah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Perai kelak.