MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Jawi (Y.B. Puan Tan Cheng Liang) bertanya kepada Ketua Menteri: 13. Sila berikan skop dan syarat-syarat kontrak penswastaan pembersihan pasar awam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Dun -
Exco YB. DR. TENG HOCK NAN
Perkara -

Jawapan

YB. Dr. Teng Hock Nan :

13. Skop dan syarat-syarat kontrak adalah seperti berikut:-

KONTRAK PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN
PASAR-PASAR AWAM MPSP

BUTIR-BUTIR SPESIFIKASI DAN SYARAT-SYARAT

1. DEFINISI

Pengurusan Dan Penyelenggaraan Pasar-Pasar Awam

Bermaksud mengutip sewa, mengurus dan menyelenggara semua pasar-pasar awam Majlis dan menjaga kebersihan sekitarnya dan pemotongan semua jenis rumput rumpai di sepanjang bahu jalan, tebing-tebing jalan/longkang dalam kawasan Pasar itu. Kerja-kerja ini termasuk pembersihan longkang scupper drains, menggunting pendek trimming rumput rampai yang menjalar di tepi jalan dan dalam longkang dan memotong/memendek/merata rumput di bahu tepi jalan dalam kawasan pasar itu.

2. BIDANG KERJA

Kerja-kerja berkaitan perkhidmatan itu yang hendak dijalankan di bawah perjanjian ini adalah seperti berikut:-

(a) Menyediakan tong sampah jenis ‘Roro’ yang mencukupi untuk dan kesemua pasar itu.

(b) Mencuci parit-parit pasar itu sehingga ke outfall.

(c) Memotong rumpai-rumpai dan pembersihan sepanjang tebing-tebing longkang dalam kawasan pasar itu.

(d) Mencuci keseluruhan pasar itu sebaik sahaja aktiviti perniagaan tamat.

(e) Menyapu, mengutip dan membuang sampah termasuk sisa-sisa buangan yang terdapat di dalam parit atas rumput dan tanah lapang.

(f) Membersih dan membuang sampah sarap ke tempat pembuangan sampah yang disediakan.

(g) Menjelaskan bil elektrik dan bil air sebaik saja setiap bil diterima untuk mempastikan tiada bil yang tertunggak.

(h) Memungut sendiri bayaran sewaan petak/ruang niaga secara bulanan dari setiap peniaga mengikut kadar yang dipersetujui oleh majlis.

(i) Bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan-kerosakan kecil yang terdapat di pasar itu.

(j) Melapor serta merta kerosakan besar/infrastruktur kepada Majlis untuk pembaikan.

3. KEKERAPAN KERJA

(a) Kekerapan kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengurusan pasar itu hendaklah seperti berikut:-

(i) Kerja pemberishan parit dalam dan persekitaran kawasan pasar itu.

TIAP-TIAP HARI

(i) Pungutan sampah termasuk longgokan sampah tanpa izin dalam kawasan pasar itu.

(ii) Semasa perayan/sambutan/musim buah-buahdan sewaktu kecemasan.

APABILA PERLU SEPERTI DIARAHKAN OLEH MAJLIS

(i) Kekerapan pemotongan rumput adalah seperti berikut:-

TIDAK MELEBIHI 14 HARI PUSINGAN UNTUK SEMUA KAWASAN

(i) Memberishkan pasar itu termasuk lantai pasar itu.

TIAP-TIAP HARI

(i) Membersih tandas awam.

TIAP-TIAP HARI

Kekerapan kerja di atas hendaklah dilakukan pada hari-hari yang tersebut di atas termasuk hari Ahad dan hari-hari elepasan am yang lain seperti yang diarahkan oleh majlis.

4. SAMPAH TIDAK TERJATUH ATAU TERCICIR

Kontraktor hendaklah mempastikan tidak ada apa-apa sampah atau bahan yang diangkut dari pusat-pusat pemungutan ke tapak pembuangan tercicir, bocor, tumpah, tiris dan sebagainya ke atas mana-mana juga tempat semasa dalam perjalanan ke tempat pembuangan. Kontraktor juga hendaklah bertanggungjawab terhadap penutupan sampah-sarap dengan plastik, terpaulin atau barang penutup lain semasa dalam perjalanan ke tempat pembuangan sampah yang diarahkan oleh majlis.

5. BURUH DAN PERALATAN KERJA

(a) Kontraktor hendaklah mengadakan tenaga buruh bagi kerja-kerja yang akan dijalankan di bawah kontrak ini dengan perbelanjan sendiri.

(b) Kontraktor juga hendaklah menyediakan pakaian seragam, sarung tangan dan kasut yang sesuai untuk pekerja-pekerja mereka. Warna dan jenis pakaian seragam tersebut hendaklah berbeza dengan warna dan jenis pakaian seragam yang digunakan oleh kakitangan majlis. Jenis pakaian seragam itu hendaklah diluluskan oleh majlis. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM BOLEH MENYEBABKAN BAYARAN DENDA SEBANYAK RM100.00 SEHARI DIKENAKAN KE ATAS KONTRAKTOR.

(c) Kontraktor hendaklah mengemukakan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar setiap pekerjanya kepada Majlis sebelum memulakan perkhidmatan itu.

(d) Bagi maksud kesempurnaan menjalankan kerja-kerja tersebut, kontraktor hendaklah mempastikan segala peralatan, kenderaan, jentera-jentera yang dimaksudkan itu sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

(e) Pemungutan

(i) Lori-lori jenis chasis atau yang setaraf adalah DIWAJIBKAN untuk kerja-kerja kontrak permbersihan am.

(ii) Penggunaan LORI BIASA yang jenis terbuka adalah semata-mata untuk SAMPAH KEBUN/BULKY WASTE. Lori ini hendaklah DITUTUP supaya sampah tidak tercicir.

(f) Bilangan kenderaan/jentera dan pekerja yang disediakan oleh Kontraktor dan dipersetujui oleh majlis hendaklah bilangan sebenar yang akan diadakan bagi melaksanakan perkhidmatan itu. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENGADAKAN BILANGAN SEBENAR BOLEH MENYEBABKAN KONTRAKTOR DIKENAKAN BAYARAN DENDA SEBANYAK RM100.00 SEHARI.

(g) Majlis mempunyai budi bicara untuk meminta kontraktor menambah bilangan kenderaan/jentera dan pekerja jika didapati bilanan yang disediakan tidak mencukupi dari masa ke semasa. Bilangan kenderaan/jentera dan pekerja boleh dikurangkan dengan kelulusan majlis, jika kontraktor dapat membuktikan perumahan sistem kerja serta lebih efisen.

(h) Kontraktor hendaklah mengadakan pejabat dalam kawasan kerja dan dilengkapi dengan telian telefon. Ini adalah untuk memudahkan perhubungan dan penyampaian sebarang aduan/teguran dan arahan majlis dari masa ke semasa.

6. PERWAKILAN KONTRAKTOR

Bagi maksud kesempurnaan dan kelicinan perjalanan perjanjian ini. Kontraktor hendaklah melantik seorang wakil yang bertanggungjawab dalam apa-apa perkara berkaitan perjanjian ini mewakili kontraktor semasa ketiadaannya dan apa-apa arahan yang diberi kepada wakil itu oleh Majlis hendaklah dianggap sebagai telah diberi kepada kontraktor.

7. PEKERJA YANG TIDAK MEMUASKAN

Majlis pada bila-bila masa mempunyai budi bicara meminta mana-mana pekerja kontgraktor diberhentikan kerja jika berpendapat bahawa pekerja itu tidak sesuai bekerja dengan kontraktor atau merosakkan imej majlis. Pekerja-pekerja kontraktor yang dilantik hendaklah memenuhi syarat-syarat undang-undang buruh Malaysia yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

8. GANGGUAN

Kontraktor hendaklah mempastikan tidak ada sebarang halangan atau gangguan kepada orang awam semasa menjalankan perkhidmatan itu.

9. PENYERAHAN NOTIS KEPADA KONTRAKTOR

Apa-apa notis yang hendak diserahkan kepada kontraktor di bawah perjanjian ini hendaklah diserahkan dengan cara menghantarkannya melalui pos berdaftar kepada tempat perniagaan berdaftar kontraktor atau lain-lain alamat sebagaimana yang dinyatakan oleh kontraktor dari masa ke semasa. PENUKARAN ALAMAT OLEH KONTRAKTOR HENDAKLAH DIBERITAHU SECARA BERTULIS KEPADA MAJLIS DALAM TEMPOH 14 (EMPAT BELAS) HARI DARIPADA TARIKH PENUKARAN.

10. IMBUHAN (INDEMNITY)

Kontraktor hendaklah sentiasa menimbuh majlis terhadap semua tuntutan untuk gantirugi pampasan atau lain-lain hukuman yang timbul daripada atau mengenai perkhidmatan itu yang dijalankan di bawah perjanjian ini sepanjang tempoh perjanjian. Sebelum tarikh mula perjanjian, kontraktor hendaklah mengambil satu polisi insuran yang sah bernilai Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu (RM250,000.00) sahaja dengan sebuah syarikat insuran yang telah dilesen mengikut Akta Insurans 1963 terhadap apa-apa tanggungan untuk tempoh perjanjian ini.

11. PENAMBAHAN ATAU PENGURANGAN KERJA

Semasa tempoh perjanjian ini jika terdapat penambahan atau pengurangan kerja-kerja dariapda yang ditetapkan, kontraktor hendaklah mengambil tanggungan untuk melaksanakan kerja-kerja tambahan atau menerima pengurangan. Kerja-kerja dan bayaran tambahan atau pengurangan hendaklah dibuat oleh Yang Dipertua Majlis atas asas prorata berhubung dengan jumlah penambhan atau pengurangan kerja tersebut.

12. PEMBUANGAN SAMPAH

Kontraktor hendaklah membuang segala sampah yang telah dipungut ke tempat pembungan yang ditetapkan oleh majlis.

13. PENGAMBILAN PEKERJA-PEKERJA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

Bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini, kontraktor adalah pada bila-bila masa DILARANG MENGAMBIL BEKERJA MANA-MANA PEKERJA YANG SEDANG BEKERJA DENGAN MAJLIS SAMA ADA TETAP, SEMENTARA ATAU LAIN-LAIN.

14. MASA BEKERJA

Kontraktor hendaklah melaksanakan perkhidmatan itu di bawah perjanjian ini mengikut masa-masa yang ditentukan oleh arahan-arahan yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa oleh majlis.

15. BILANGAN PASAR-PASAR AWAM

Bilangan pasar-pasar awam yang ternyata dalam perjanjian ini adalah empat belas (14) buah sahaja. Yang Dipertua Majlis mempunyai kuasa untuk menambah atau mengurangkan bilangan pasar-pasar awam tersebut yang difikirkan perlu. Dasar pembayaran kontraktor adalah bergantung kepada kelulusan oleh yang Dipertua Majlis.

16. PEMBAYARAN SEWA BULANAN OLEH KONTRAKTOR KEPADA MAJLIS JIKA MAJLIS MENAMBAH BILANGAN PASAR AWAM YANG DIKONTRAKKAN

(a) Kontraktor hendaklah membayar bayaran sewaan kepada Majlis setiap bulan untuk setiap pasar awam yang ditambah semasa berkuatkuasanya perjanjian ini selain daripada pasar awam. Pengiraan untuk bayaran tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Sekurang-kurang lima belas peratus (15%) dari jumlah pungutan bayaran sewa gerai/petak yang dikutip oleh kontraktor pada setiap bulan daripada penyewa-penyewa gerai/petak di sesuatu pasar awam.

17. LAIN-LAIN SYARAT

(a) Kontraktor hendaklah memberi perkhidmatan yang cekap dan sempurna berkaitan penyelenggaraan dan pengurusan pasar-pasar awam yang telah dikontrakkan kepadanya.

(b) Sekiranya ada kempen kebersihan di kawasan penyelenggaraannya, misalnya gotong royong, kontraktor bersama-sama dengan pekerjanya hendaklah mengambil bahagian aktif di dalam kempen tersebut dan hendaklah membekalkan alatan keperluan pembersihan.

(c) Kontraktor hendaklah bertanggungjawab terhadap budi dan kelakuan baik dan harmoni diantara pekerjanya dengan masyarakat di kawasan pasar itu.

(d) Kontraktor, di dalam apa cara sekalipun tidak dibenarkan menghentikan atau menyebabkan gangguan kepada perkhidmatannya melainkan disebabkan oleh bencara alam atau bencana negara, misalnya banjir besar, ribut taufan besar, kebakaran besar, gempa bumi, kekacauan negara dan lain-lain yang akan ditakrifkan oleh majlis.

(e) Kontraktor hendaklah menyelenggara, membaiki, mencuci/ membersih tandas awam di depo-depo sampah majlis di pasar itu. Kontraktor boleh menggunakan depo-depo sampah sebagai setor untuk menyimpan alatan kebersihan. Bil-bil bagi depo-depo sampah tersebut hendaklah ditanggung dan dijelaskan oleh kontraktor.

Kembali