MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Bukit Tengah (Y.B. Puan Ng Siew Lai) bertanya kepada Ketua Menteri: 10. Adakah rancangan kerajaan negeri untuk memindahkan kem tahanan pendatang asing di Juru ke tempat yang lain kerana tidak sesuai lagi berada di kawasan Juru memandangkan kawasan ini sedang membangun dengan pesat.
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Keselamatan Negara

Jawapan

YAB. Ketua Menteri:

10. Depoh Imigresen Juru telah diwartakan sebagai tempat tahanan pendatang asing tanpa izin sejak 14 April 1992. Tapak depoh ini adalah bekas kem Unit Kawalan Keselamatan, Polis Di Raja Malaysia. Dari segi pemilikan, ianya adalah di bawah juridiksi Polis Di Raja Malaysia. Walaupun kerajaan negeri telah menyuara hasratnya supaya depoh tersebut dipindah, adalah difahamkan bahawa Kementerian Dalam Negeri belum mempunyai apa-apa rancangan berhubung dengan cadangan memindahkan depoh ini ke tapak yang lain.

Kembali